April lalu,
Aku sendiri mungkin sama seperti ini.
Aku keliru tentang siapa dihati.
Tentang aku dan tentang segalanya yang berubah dalam hidupku.
Entah bagaimana mulanya cerita butang,mulanya cerita cengeng,mulanya cerita di satu laman web sosial yang entah bagaimana aku tertarik pada satu gadis disitu.
April itu,
Bergaduh itu sama seperti bermesra.
Bertegur sapa padanya buat hati kadangkala sesak dengan tuturnya.
Kerjanya cuma mahu bergaduh tiap masa sampai aku diberi nama comei ini 'cik butang'.
Entah apa yang indah dengan butang.
Entah apa yang menariknya tentang itu tapi kini aku fahaminya.
Kerana itulah mulanya april dulu rasa yang tak mudah aku lepas bagai angin lalu.
April lalu,
Aku masih ingat malam dimana aku menyata rasaku.
Dimana aku rasa hatiku perit menusuk jiwa ragaku.
Rasa debaran tiap kali mendengar bicaranya,tiap kali bertelingkah dengannya dan tiap kali mendengar tawanya.
Di april itu,aku mengaku rasaku.Rsa yang membuai menjadi shahdu.
Rasa yang benar aku rindu.
April itu,
Sungguh cinta itu memang aku inginkan.
Mengenalinya bukan satu kesalahan.
Merinduinya tak pernah membebankan.
Aku cintai dia sepenuh rasa kerana aku benar perlukan dia.
April ini,
Dia bukan hak aku lagi.
Katanya dulu cinta tak semestinya memiliki.
Tapi bisakah aku menyatakan padanya kembali bahawa jika sudi aku ingin terus memiliki.
Cinta itu aku ingini.
Kerana aku benar ingin mengulangi betapa indah di april lalu bersamanya aku merindui.
April lalu cintaku bukanlah cinta biasa.
April lalu,malamku tak senang bukan kerana aku tak suka tapi kerana bahagia bersama menemaninya bicara segalanya.
Sungguh april lalu aku rindu padamu!
Aku rindu kau lebih dari APRIL LALU
No comments:
Post a Comment