Thursday, 14 April 2011

GC ٩(-̮̮̃•̃)۶



Mula berkenalan tiada pun tak kena
semua biasa saja
manis semuanya macam rasa gula
Bila hati berdebar jantung tak kena
itu petanda jatuh cinta
mengorat si dia berharap dapat miliki sebagai ratu jiwa
cuba punya cuba akhirnya bersama

...

bercinta bagai nak rak saja
berkasih bagai orang gila
bersayang macam lupa diri saja
semuanya sweet dan ok saja cinta
kau heboh satu dunia yang kaulah raja cinta
tunggu 2 3 tahun lama kau bersama
tunggu dia jumpa yang baru pula
kau semua dibuang macam sampah yang tiada harga
Apa cinta-cinta?
Dia cuma angkat dagu dan kata 'blah la!'

...

orang bercinta kau juga sibuk saja
orang ada pakwe makwe kau pun mahu pasang juga
akhirnya bila kau betul sayang
ditinggalkan tanpa belas kasihan
kau menangis habis air mata berperigi
tapi dia masih enjoy dengan pacar dia tyang latest punya dulu
akhirnya kau yang terpukang tanpa cerita
nak jadi tuhan kononnya
toreh sini sana
telan panadol dan coke berbiji dan berbotol semuanya
memang mati katak saja
dan paling best juga dia kata 'padan muka'

...

hei cinta agak-agakla juga
jangan kerana cinta kau lupa kau hamba pencipta
bukan senang membesarkan kau di dunia
tapi senang pula kau mati kerana cinta
memang cinta sakit dan cinta juga manis
tapi ingat juga jangan sebab cinta
kau lupa kewajipan yang ada
cukuplah kau songsang sini sana
tapi part mati biarlah kerja malaikat tuhan yang maha esa
bukan kerja gila kau konon nak tunjuk teror mati akibat cinta!

Gila cinta

SSPM ٩(-̮̮̃•̃)۶



Salah siapa bila hati berdetik cinta?
Salah siapa pula yang memperkenalkan aku dengan dirinya?
Salah hati inikah yang mencintai dia tanpa sengaja
Dan adakah salah aku kah yang merindui pada dia bagai nak gila.

...

Pada siapa aku mahu merujuk segala?
Kenapa terlalu susah untuk melalui perjalanan cinta
Sebuah ceritacitra hati tentang semua hal cinta
Kisah diri ini yang tak mampu melupakan dia

...

dia kata aku seakan meluahkan
tapi tak mengartikan tentang perasaan
memang aku akui aku tak bicara tentangnya bila dengannya
sebab aku takut dia akan diam saja
dan aku makan jiwa
berulang kali juga aku tahu dia ada sebut kekasihnya
dia masih bersamanya berdua
tapi mengapa perlu meragui hati aku pula?
apa salahkah aku mencintai dia
tapi tak juga aku kacau hidup mereka
dia berkata seakan dia ingin tahu perasaan ini
 tapi menoktahkan perasaan aku pula
apakah dia sudah belek hati ini sebetulnya?
apakah sudah dia baca ayat-ayat keramat cinta dalam taman jiwa?
cuma dia saja punya jawapannya

...

Aku tahu aku meluah dan mengharapkan satu kata terungkap dari bibirnya
tapi aku juga terima kenyataan juga yang memang aku salah mencintainya
tapi harus bagaimana bila hati memang benar suka
dan harus bagaimana aku tepis jiwa ini agar percaya memang dia
 bukan aku yang punya
senang kan bila orang kata 'buat dek saja'
senang juga bila kau kata 'betul ka awak suka saya?'
senangnya ya bagi mereka tapi tahukah mereka
ia susah buatku menahan kuasa cinta ini dari terus bertahta
dan memang aku tak mampu tuk menghalang apa-apa
kerana memang sudah terlambat masanya
cinta ini sudah jadi tugu besi di hatiku dan dipenjara
takkan ada kuncinya untuk membuang rasa cinta 
walau kau paksa berjuta kali juga
hati tetap takkan pasrah dan hati akan kata
'suka hati akulah nak cinta siapa!'


salah siapa pabila mencintai

AKTMMCI ٩(-̮̮̃•̃)۶



Tahukah kau aku sayangkan kau?
Tahukah kau aku tak pernah lupakan kau
Pernah juga aku cuba dari terus sakt kecewa
Aku cuba buat-buat lupa
Tapi masih juga hati ini tak bisa tuk begitu
Tahukah kau betapa penat diri ini
Menangisi kamu yang memang miliknya kini
Walau berjuta kali aku nyatakan cinta padamu
Tak akan mengubah apa pun tentang kau dan aku

_____

Sedamai angin yang menghembus bayu
Hati ini selalu mengukir namamu
Sesakit mana jiwaku teringat kau dengannya selalu
Lagi kuat hati memaksa aku terus mencintai tanpa perlu malu
Apa yang harus ku lakukan agar tiada apa
Yang bisa mendustakan cinta ini
Dan dengan rela aku sedar walau berapa lama aku bertahan jua
Tak akan kemana cinta di dalam dada

_____

Dengan tangisan bersisa
Dengan masih berderai air mata
Aku tak kuat tuk terus memendam jiwaku sentiasa
Tapi apa dayaku melawan rasa hati yang memang roh jiwa
Aku tak mampu menamatkan rasa cinta
Ia sebati disini bersama aku
Terus selamanya hidup bernafas sempurna denganku
Walaupun hakikatnya cinta ini tak bersatu
Dan cinta ini cuma aku saja yang merasainya
Aku masih redha walau aku tahu kau bahagia dengan dia
Aku pula sendiri masih bergelingan air mata
Kerana sejujurnya
Aku tak mampu menghentikan cinta ini.