Tahukah kau aku sayangkan kau?
Tahukah kau aku tak pernah lupakan kau
Pernah juga aku cuba dari terus sakt kecewa
Aku cuba buat-buat lupa
Tapi masih juga hati ini tak bisa tuk begitu
Tahukah kau betapa penat diri ini
Menangisi kamu yang memang miliknya kini
Walau berjuta kali aku nyatakan cinta padamu
Tak akan mengubah apa pun tentang kau dan aku
_____
Sedamai angin yang menghembus bayu
Hati ini selalu mengukir namamu
Sesakit mana jiwaku teringat kau dengannya selalu
Lagi kuat hati memaksa aku terus mencintai tanpa perlu malu
Apa yang harus ku lakukan agar tiada apa
Yang bisa mendustakan cinta ini
Dan dengan rela aku sedar walau berapa lama aku bertahan jua
Tak akan kemana cinta di dalam dada
_____
Dengan tangisan bersisa
Dengan masih berderai air mata
Aku tak kuat tuk terus memendam jiwaku sentiasa
Tapi apa dayaku melawan rasa hati yang memang roh jiwa
Aku tak mampu menamatkan rasa cinta
Ia sebati disini bersama aku
Terus selamanya hidup bernafas sempurna denganku
Walaupun hakikatnya cinta ini tak bersatu
Dan cinta ini cuma aku saja yang merasainya
Aku masih redha walau aku tahu kau bahagia dengan dia
Aku pula sendiri masih bergelingan air mata
Kerana sejujurnya
Aku tak mampu menghentikan cinta ini.
No comments:
Post a Comment