Saturday, 2 April 2011

ACCDK ٩(-̮̮̃•̃)۶

Dia kata aku cool.Cool yang bagaimana?
Mungkin tapi cool itu cuma dengan dia saja.
Dia kata aku tak sama macam aku dalam blog.
Aku tahu mesti hairan bin pelik dia memikirkannya.
Tapi yang sebenarnya memang aku sengaja cool bila aku dengannya.
Dalam hatiku fuhh cuma tuhan yang tahu betapa aku bukan hati batu.
Tapi aku manusia yang cepat untuk mengalirkan air mata.
Aku memang cool apabila berbicara tapi di hadapan for realnya
Mesti dia akan terkejut sebab muka aku tak se cool dia sangka.
Pucat macam hantu.Kalah hantu kak limah balik rumah tu.
Aku cuba meng cool kan diriku untuk terus maju menapak ke hadapan.
Walau aku tahu aku tak mampu aku tetap cuba kerana aku ingin terus berjaya.
Aku ingin miliki dia tapi aku malu jika dia tahu hati aku yang kononnya batu ni tak se cool yang aku tunjuk.
Aku ni dah tak sekuat dulu dan tak senakal lalu.
Kenapa aku berubah?Itu bukan berubah dan aku tak berhijrah cuma aku cuba meng cool kan hatiku yang tengah berdarah.
Aku sayang dia dan aku akui aku amatlah cintai dia.Waalupun memang aku akui aku tak ucap depan dia sebab aku takut aku akan terus jadi manusia yang lemah.
Aku cool dan aku cuba jadi se coolnya walau hakikatnya cuma tuhan yang tahu aku cintakan dia dan aku tak se cool aku apabila berbicara dengannya.
Kekadang sambil bicara ada jua air mata menitis membasahi pipiku dan sendu itu menemaniku hingga terlenaku tika beradu.


Aku tak se COOL yang kau sangka
Memang aku hati batu
Tapi sebenarnya dengan kau aku jadi tisu!


Aku tak kuat dan aku cepat mengalirkan air mata
Kerana aku insan yang cepat terasa
Tapi tak bermakna aku cepat mengalah
Kerana aku masih mencintai kau
Dan aku masih mampu COOL untuk kata
Aku ingin kau selamanya dalam hidup aku
walau kau tetap tolak aku
aku tetap akan senyum paling indah dihadapan kau.
Kerana aku cuma cool dengan kau sayang!


Aku Cool Cuma Dengan Kau

YATOOWIL ٩(-̮̮̃•̃)۶


Bila aku ucap aku perlukan kau adakah kau akan percaya kata-kataku?
Bila aku cakap cuma aku di hati apa kau percaya tiada dusta cuma hanya benar belaka?
Bila aku cerita cuma nama kau saja yang aku sebut bila aku tidur dan macam orang meroyan entah apa-apa apakah kau akan kata aku orang gila?
Bila aku menangis teresak-esak sebelum terlena sama seperti ketakutan yang hebat melanda jiwaku kerana aku terlalu takut kehilangan kau bila aku tidur adakah kau akan percaya?
Bahawa aku memang cinta gila kat kau dan aku rasa cinta ini tak akan ternoktah disini kerana aku tetap akan terusan mencintai kau walaupun sejuta kali kau kata kau tak pernah percaya.


 Dalam hidupku tiada yang lain aku perlu melainkan kamu.Cukup dulu aku pernah hilang cintamu.Jangan pernah kau pergi kembali.Kerana aku perlukan hari-hari disisiku.Walaupun hakikatnya entah bilakah aku bisa ada dalam hatimu dan entah bila kau akan jua mencintaiku.


You are The Only One who I Love

1. Aku Cinta kau sayang.
2. Aku Rindu kau cinta.
3. Aku tak jemu tuk menyebut nama kau setiap masa.
4. Aku gila sayangkan kau.
5. Aku tak lelah tuk menunggu kau.
6. Aku sanggup tunggu walau aku tahu penantian itu satu penyiksaan.
7. Aku mahu kau lebih dari yang kau tahu.
8. Aku perlukan kau walau aku tahu itu mustahil.
9. Aku Rela sendiri menangisi daripada aku melepaskan kau pergi.
10. Aku tahu mencintaimu salah,maka mengapa perlu aku sentiasa jadi betul.

PDGML ٩(-̮̮̃•̃)۶

"I Can't Stop Now,don't you Know?I ain't Never gonna Let You go.Don't go.Please Don't Go."


Aku tanpa kau kesepian sendiri
Pintaku jangan kau pergi
Kerana aku masih
Masih mencintai kau sepenuh hati


Sis aku kata aku ni jiwang tapi belum karat.Sesuka hati dia je nak mengata tapi hakikatnya kebenaran itu memang ada.
Entah dari mana aku minat tuk bersastra tapi tak adalah sehebat sasterawan negara.
Cuma lebih kepada sastera cinta. -Cool-
Hari-hari aku cuba memikirkan kebenaran masa hadapan ku dengan mimpi-mimpi yang kelabu.
Haru biru rasanya bila dia menyatakan bahawa aku perlu pergi.
Entah dimana kebenaran sebenarnya mengapa aku masih lagi degil untuk tidak menapak ke hadapan.
Dan aku masih lagi degil cuba menggapai tangannya walhal dia jauh berlari ke hadapan.
Bodoh kan bila kita masih merangkak sedangkan sebenarnya bayangnya pun tak mampu aku tangkap.
Cerita cinta apa ini? -Bertepuk sebelah tangan-
Kalau bertepuk sebelah tangan sampai sejuta tahun pun tak akan pernah berbunyi.
Tapi aku masih megharap walau seditik dan walau cuma sesaat.
Aku masih mengharap dia mencintaiku dan dia juga pun rasa begitu.
Aku bukan penulis Novela dan aku bukan pengarang drama.
Tapi aku teringin punya babak bercinta bersamanya walaupun untuk sejam cuma lagi.
Kerana banyak cerita yang ingin aku lakukan bersamanya dan banyak juga tempat yang ingin aku bawanya.
Cinta,janganlah kau pergi menjauh dan janganlah kau halau aku.
Tanpa kau aku mati dalam hidupku yang sepi kerana aku perlukan kau lebih dari berjuta kali yang kau tahu.




Please Don't Go My Love 

Friday, 1 April 2011

IWY ٩(-̮̮̃•̃)۶

"At the end of the day,I still Want you!" 
Sebagai seorang manusia biasa kita perlukan makanan,perlukan udara,perlukan keluarga,perlukan kerja dan perlukan cinta.
Begitu juga aku tapi tak lengkap hidupku jika aku tanpanya.
Aku perlukan dia,aku perlu kasih sayangnya,Cintanya juga kelembutannya.
Aku tahu aku cukup tamak kini kerana tak bersyukur dia masih sudi menemani.
Cuma aku tak mahu sebagai sahabat,aku tak mahu jadi kawan terbaik,aku tak mahu jadi musuh.aku tak mahu cuma jadi perindu dan aku tak mahu cuma bertepuk sebelah tangan.
Aku perlukan dia disisi.Tiada ayat yang sesuai aku nak cakap betapa pentingnya dia dalam hidupku.
Betapa beertinya dia buatku tapi cuma dia yang aku harapkan ada dalam hidupku.
Rahsiaku,impianku,aku mahu dia terus dihatiku dan hidupku selama aku masih bernafas dan selama aku masih bisa mencintai.
Aku perlukan dia seumpama dia merupakan udara untuk aku terus bernafas.
Tanpanya aku pasti lemah dan tanpanya aku ibarat manusia tanpa arah.
Impianku cuma dia,mencintainya dan akan ku jaga dia walau perih dan pedih aku tetap akan terus mencintai dia sampai tuhan tarik nyawaku.



Saya nak awak selamanya!!





I HATE  LOVE  YOU!i WANT you!

♥♥♥ my DREAM
♥ aku nak sangat jumpa dia walau seminit cuma
♥ aku nak peluk dia dan meluah semua kata cinta
♥ aku nak selalu jaga dia kerana dia puteriku
♥ aku ingin selalu mendengar suaranya bila aku buka mata dari lena
♥ aku ingin selalu mendengar tawanya dan kata cintanya
♥ aku nak sangat kucup pipinya walau cuma dalam mimpi
♥ aku nak sangat meluah semua rahsia terbuku mengapa aku benar cintai dia selalu DIA CINTAKU

ACDC٩(-̮̮̃•̃)۶

Kerana aku terlalu rindu kau.
Cermin menjadi penawarnya.
Entah mengapa bila aku sedih,bila aku berduka dan tika bila aku terlalu rindu pasti cermin itulah yang menjadi penemanku tuk terus merintih.
Air mata menitis,tersesak aku menahan sendunya.
Ya tuhan,dugaan apa kau berikan untukku ini.
Aku percaya bahawa tuhan akan menurunkan ujian cuma pada hambanya yang mampu mengatasinya.
Tapi aku??Aku entah.Aku terlalu sakit memikirkan dia.
Terlalu rindu tapi malu tuk mengucapnya.
Aku terlalu ingin menjaganya tapi aku tak bisa.
Cermin,kenapa mesti aku memikirkan dia bila aku menatap wajahku sendiri.
Kenapa mesti air mata yang mengiringi bukan hilaian gelak tawa yang mendampingi?
Dia seumpama cermin.Cermin yang sama seperti aku dulu.
Dia sama punya rasa itu dan dia juga memang sama bila bekata-kata cinta padaku.
Tapi itu dulu!Dusta semuanya kini.Memori yang cuma tinggal tuk dibakar dan mati.
Cermin,hentikanlah segalanya.Kerana aku terlalu gila cinta dia.
Cintai dia.Cintai dia.Cintai dia.Cintai dia.Cintai dia.Cintai dia.Cintai dia.


Aku cinta kau.Aku Cinta Kau.Aku Cinta kau.Aku Cinta Kau.


Aku Cintai Dia Cerminku

ATK ٩(-̮̮̃•̃)۶

ku menunggu,ku menunggu kau putus dengan kekasihmu
tak akan ku ganggu kau dengan kekasihmu
ku kan selalu di sini untuk menunggumu

cinta itu ku berharap kau kelak kan cintai aku
saat kau telah tak bersama kekasihmu
ku lakukan semua agar kau cintaiku

haruskah ku bilang cinta
hati senang namun bimbang
ada cemburu juga rindu
ku tetap menunggu

haruskah ku bilang cinta
hati senang namun bimbang
dan kau sudah ada yang punya
ku tetap menunggu

datang padaku,ku tahu kelak kau kan datang kepadaku
saat kau sadar betapa ku cintaimu
ku akan selalu setia tuk menunggumu

-Rossa : Ku menunggu-

Lagu ni bila dengar untuk pertama kali macam kelakar sangat.Tapi bila aku hayati,fuh!Memang kena dengan situasiku.Tapi gilalah kan kaulau aku nak kata macam lagu ni kat dia.Memang Tak la kan.
Tapi ada juga hati kecilku yang nakal ni turut mendendangkan lagu ni seakan ayatnya bermakna.
Kalaulah aku kuat tuk menyatakan pada dia,aku kan terus tunggunya sampai dia single!  -gila-





Aku tunggu Kau
Sebab aku cinta Kau
Aku cinta kau sayang

♥♥♥ Sampai bila aku mampu mendiamkan diri dalam suasana yang sepi diselubungi kelam dan malam tanpa mentari.
Alangkah indahnya jika aku bisa mendakapnya lalu bisa aku meluah semua kata cinta.
Dan di waktu itu cuma ada aku dan dia tanpa sesiapa,tanpa pihak ketiga.
Kerana aku memang bermaksud tuk terus menunggunya dan memiliki dia.
Hati ini teringin sekali mengucup pipinya kerana cuma dia yang bertahta di jiwa.

Bila April ٩(-̮̮̃•̃)۶

Bila April tiba
Hati mula berkata
Setahun lamanya
Perkenalan kita
Ku tanya padamu
Kapankah hatimu
Akan ku miliki
Selama abadi

Di April yang itu
Kau katakan padaku
Sabarlah menanti
Takkan lama lagi
Kau senyum bermakna
Padaku kau pinta
Berikanlah oh waktu
Kenalilah dirimu

Bila bila April
Aku menantimu, aku menantimu
Dan bila April, bila April
Dapatku pastikan, cintaku ini
Dan bila, bila April
Bibirku pasti akan bertanya
Kapankah kau milik ku..

-Fazley-


Entah bilakah aku bisa bertemu bertentang mata mengungkap rindu padanya.
Entah bilakah aku bisa memegang jari jemarinya dan menyatakan betapa aku cintai dia.

April itu ٩(-̮̮̃•̃)۶

April lalu,
Aku sendiri mungkin sama seperti ini.
Aku keliru tentang siapa dihati.
Tentang aku dan tentang segalanya yang berubah dalam hidupku.
Entah bagaimana mulanya cerita butang,mulanya cerita cengeng,mulanya cerita di satu laman web sosial yang entah bagaimana aku tertarik pada satu gadis disitu.

April itu,
Bergaduh itu sama seperti bermesra.
Bertegur sapa padanya buat hati kadangkala sesak dengan tuturnya.
Kerjanya cuma mahu bergaduh tiap masa sampai aku diberi nama comei ini 'cik butang'.
Entah apa yang indah dengan butang.
Entah apa yang menariknya tentang itu tapi kini aku fahaminya.
Kerana itulah mulanya april dulu rasa yang tak mudah aku lepas bagai angin lalu.

April lalu,
Aku masih ingat malam dimana aku menyata rasaku.
Dimana aku rasa hatiku perit menusuk jiwa ragaku.
Rasa debaran tiap kali mendengar bicaranya,tiap kali bertelingkah dengannya dan tiap kali mendengar tawanya.
Di april itu,aku mengaku rasaku.Rsa yang membuai menjadi shahdu.
Rasa yang benar aku rindu.

April itu,
Sungguh cinta itu memang aku inginkan.
Mengenalinya bukan satu kesalahan.
Merinduinya tak pernah membebankan.
Aku cintai dia sepenuh rasa kerana aku benar perlukan dia.

April ini,
Dia bukan hak aku lagi.
Katanya dulu cinta tak semestinya memiliki.
Tapi bisakah aku menyatakan padanya kembali bahawa jika sudi aku ingin terus memiliki.
Cinta itu aku ingini.
Kerana aku benar ingin mengulangi betapa indah di april lalu bersamanya aku merindui.
April lalu cintaku bukanlah cinta biasa.
April lalu,malamku tak senang bukan kerana aku tak suka tapi kerana bahagia bersama menemaninya bicara segalanya.
Sungguh april lalu aku rindu padamu!


Aku rindu kau lebih dari APRIL LALU

DGM ٩(-̮̮̃•̃)۶

Gadis,
Hati aku rungsing bertambah pening.
Tak terkata dan tak juga terungkap walau sepatah ayat.
Kau gadisku yang indah di mata hati.
Anggun dalam jiwa ini.
Sayang seribu kali sayang kau tak aku miliki.
Walau kini kau bukan milikku lagi tapi kau masih ada di jasad hati ini.
Kau gadis setia menunggu,mencinta juga setia bersama.
Kelembutan dirimu masih ku terbayang walau cuma pada puisimu dulu.
Puisi-puisimu yang bermakna dan sungguh aku rindu tuk membacanya.

Gadis,
Kau yang ayu pernah bertahta dalam jiwaku.
Manis kerana cinta,indah bukan kerana rupa tapi punya tarikan seumpama graviti di ruangan angkasa.
Kau gadis indah,seindah bunga yang mekar di taman hati,selembut bidadari yang menemani.
Kau si gadis manis sama gila seperti aku yang sukakan gula.
Manisnya kau dengan kata indah bemakna yang mampu menghibakan jiwa.
Aku rindu tuk terus denganmu bagai waktu dulu.

Hei gadis manis,
Belum pernah kita besua.Aku di kota kau di utara.
Belum sempat aku melafaz cinta bertentangan mata,kita tak lagi bersama.
Tapi dalam mimpiku kau selalu ku mimpi bertandang mengungkap cinta membikin aku bagai nak gila.
Hei gadis manis,aku cintakan kau sampai aku tak tahu bagaimana caranya.
Aku bukan romantis malah aku juga bukan sastera yang pandai berpuitis dalam berkata.
Aku cuma gadis biasa yang menagih cinta dari kau si gadis manis luar biasa.
Nampak cekal tapi adakalnya cengeng juga namun mendamaikan rasa sayang di jiwa.
Kau matang berkata tapi kadangnya kau sama remaja seperti ku jua.
Tiap kali aku memandang cermin,tahukah kau cuma kau si gadis manis yang aku lihat di ruangan cahaya itu.
Kerana dulu pernah aku katakan padamu,kaulah cerminku.



Dia gadis Manisku

Thursday, 31 March 2011

TKC ٩(-̮̮̃•̃)۶

Hei sayang,
Kenapa semakin penat aku ingin mencuba jadi biasa semakin ligat hatiku yang mengada mengukir nama kau.
Semakin aku sibuk belajar tentang pelajaran untuk hidup di dunia semakin sibuk juga si hati belajar untuk terus mencinta kau.
Hei kasih,
Apakah yang kau lakukan hingga aku punya perkataan -mustahil- untuk melupakan kau walau cuma akalku meminta -sekejaplah,nak belajar ni-
Ini memang kerja gila kerana aku jatuh cinta pada kau orang yang sama dalam waktu yang sama tapi untuk entah kali ke berapa juta kali.
Hei cinta,
Dengar sini aku mahu berpuisi.
Aku sudah penat dan lali untuk terus menghalang hati aku merindui kau.
Maka aku rasa aku perlu rindu kau.
Kau memang sudah menang menakhluki hatiku juga akal warasku.
Tentang kau buat aku semakin merindui selalu.
Dan perasaan itu sering buat aku cuma ingin fikirkan kamu.
Terima kasih cinta kerana kau aku sangat hargai masa.
Bukan apa,Aku cuma takut terlepas waktu itu berlalu sebab hatiku akan memberontak jika tak merindui kau walau cuma dalam masa seminit!


Terima Kasih Cinta

BSC ٩(-̮̮̃•̃)۶

Kalaulah kau tahu betapa aku cinta kau,sanggupkah kau dengar?
Kalaulah aku menangis semta-mata kerana aku rindu kau,sanggupkah kau bertanya?
Aku ini gila bayangkah?Atau aku memang dah gila kerana entah apa-apa.
Hei!Aku rindu kau tapi macam rasa rindu tu tak akan buat kau jadi apa-apa pun.
Mungkin kerana kau lebih suka dengar dia teman cintamu yang menyatakannya.
Tidak aku!Kau bertanya apa yang membuat aku rindu kau?
Sakit soalannya sehingga aku rasa macam nak menangis seperti orang gila.
Aku sendiri memikirkan hari-hari dan masa ku untuk apa aku merindui dan mengingati kau?
Bila aku tepis,bila aku mengeluh sepuasnya tapi masih juga rindu itu bertandang jua.
Tak mampu aku jerit untuk kau pergi kerana hati aku memanggil rindu itu kembali.
Aku suka kau,aku rindu kau dan aku tahu hati ini terlalu suka kau.
Pedihnya bila aku tak dapat untuk terus disisi kau sebagai kekasih.
Kesakitan ini cuma tuhan yang tahu kerana aku memang gila kau!
Walau bibirku keras menyatakan kata-kata kasar untuk kau semalamnya,tapi sungguh aku tak berniat.
Cuma aku terlalu menginginkan kau disini,dihatiku,hidupku tapi aku tahu itu mustahil.
Kau yang dulu aku selalu panggil B tapi kini cuma kenangan yang menjadi debu ditiup angin.
Kau dan aku BSC.
Masihkah aku punya peluang untuk terus kembali semula ke masa lalu kerana aku memang ingin kau juga BSC dulu!


       ❤    ❤  B S❤ ❤

KTARA ٩(-̮̮̃•̃)۶

Aku rindu kau.
Rasa rindu ini terlalu menghimpit rasa senak di ulu hati.
Aku sayang kau tapi kenapa susah sangat untuk diluah?
Aku pemalu?Tak pernah pula terjadi.
Malangnya aku benar tak mampu nak meluahnya.
Sakit!Hati ini keliru bertambah binggung.
Mungkin ini tandanya aku benar rindu kau!
Tapi macam mana harus aku luah?
Memekik kah?mesej kau kah?Call,told you and letak kah?
Buntu hingga rasa nak ketuk dahi di pintu.
Mungkin juga aku takut dan aku keliru.
Kerana kau tak akan rindu aku!
Tuhan,benar sakit rindu itu seperti dirobek-robek!


Kau Tak Akan Rindu Aku

Wednesday, 30 March 2011

KYKR ٩(-̮̮̃•̃)۶

Perasaan ini mushkil sungguh dan kemushkilan itu betul membuat jiwaku seakan terbang di lapangan langit yang luas terbentang.
Mendengar suaranya hari ini buat aku gembira sendiri.
Rasa macam orang menang cabutan bertuah pula.Mungkin!
Dia jarang dan tak selalu menelefon tapi entah tiba-tiba tadi bila mendengar suaranya hati jadi bergetar.
Ya tuhanku,tahankanlah rasa itu kerana aku tak akan mampu mengulangi kembali.
Cukuplah sekadar memori walau ia tak berapa lama tapi mengenali dia cukup buat hati ini bahagia.
Diriku ini pernah bahagia bersamanya juga pernah mendambakannya.
Aku tak dapat mengingati sepenuh tentang siapa aku malah jua kisah hidupku.
Tapi mengenai dirinya,kisahnya seakan satu memori yang tak boleh di -delete- di fikiran ini.
Aku yang pernah menyayanginya dan entah sampai bila cuma aku tahu apa sebenarnya bersarang di hati.
Fikiranku yang nakal ini selalu bertanya adakah dia bahagia kini?
Pernahkah dia rindu padaku seperti dahulu?
Tapi dengan segera aku cuba berpaling dari mencari jawapan kerana aku takut aku mengharap pada dia.
Aku tak bisa kerana hati ini entah mengapa.
Aku hilang memori lalu tapi dia aku tak bisa.


Kau Yang Ku Rindu

DYKKD ٩(-̮̮̃•̃)۶

Tarihh itu,masa itu,kenangan itu dan semua bibit perkataan yang dibualkan masih teringat kemas dalam kepalaku.
Walau aku lupa untuk beberapa perkara tapi masih juga tentangnya aku ingat.
Dia seorang yang riang namun kadang-kala menjadi sangat tegas.
Dia seorang yang lembut juga berbahasa indah tapi ada kalanya juga dia sangat ego.
Pagi itu,entah apa aku bualkan bersama dia sampai sanggup kami berbual walau hingga ke esokkan harinya.
Entah mengapa kami suka sangat berselisih pendapat namun persamaan itu juga masih ada.
Kemenangan untuk bicara masing-masing keras kepala.
Tawanya masih mendayu menjadi halwa telingaku dikala rindu.
Entah mengapa dia susah benar untuk dipadamkan dari kotak ingatan.
Saat aku benar buntu,dia selalu disisi menemani juga berbicara sampai penat tapi pasti tak akan kebosanan.
Silap apakah aku sampai kesalahan itu membuatkan kami jauh.
Tuhan itu memang maha adil dan balasannya aku sudah pun dihukum di dunia tapi disana kelak mungkin masih ada lagi sisanya.
Maaf cuma itu mampu ku ucap kerana aku rindukan dirinya.
Pelik kerana belum pernah aku bertemu dia tapi cuma dalam bicara kami rapat tanpa kami sedari bahawa kami punya jiwa yang sama.
Aku sangat suka bergadoh dengan dia,mengusiknya,menemaninya saat dia tak berani sendiri.
Aku cuba memberinya kekuatan walau cuma dari bicara namun alhamdulillah selamat dia tiba dengan berani sendiri ke destinasinya.
Aku suka bila dia berpuisi kerana maknanya menyentuh ke kotak hati dan meresap dalam jiwaku yang sepi.
Aku rindu semangatnya yang sentiasa hiburkan aku saat aku berduka dan aku rindu tuk terusan menulis namanya di diariku yang tak semegah mana.
Aku juga ingin sekali jika waktu dulu bisa megenggam jari jemarinya tapi mustahil untuk semuanya.
Aku rindu ingin bicara seperti dulu,ketawa seperti lalu tapi mustahil yang lama akan berulang kembali.
Ketawa itu mungkin bagai debu berterbangan dan tak mampu aku kutip walau secalit.
Titik hitam aku noktahkan tanpa fikir panjang dan dengan kejam aku lukakan dia sendiri.
Hanya tuhan saja yang tahu betapa aku menyesali segalanya.
Bila dia bersama seseorang yang lebih dia cintai,aku rasa hampa.
Entahkan mengapa masih punya sayang tapi kesalahan lalu benar mendukakan.
Aku cuma rindu pada bayangan lalu.Rindu pada dirinya namun tak ku berani luah kembali semua saat itu.
Kerana aku pasti dia telah lupa semuanya.
Tapi aku benar masih sayang untuk dengar suara itu sepanjang waktu detikku.




Dia Yang Ku Kenal Dulu

TPOP ٩(-̮̮̃•̃)۶

Takrifan tentang dunia terlalu banyak menyatakan tentang kehidupan juga tentang kegembiraan.
Adakalanya sukar difahami maksud nilai dan ukuran sebuah kehidupan dan adakalnya juga sebuah kemungkinan yang bakal kita hadapi untuk hari ini,selepas ini juga untuk hari esok.
Sebagai insan biasa aku tidak mengetahui apa yang bakal terjadi.Apa yang terkandung dalam suratan dan takdir ketentuan DIA yang maha pengasih.
Perjuangan aku sebagai hambanya tidak ternoktah disini.
DIA meniupkan rohku memberi sebuah kehidupan dan kepadaNYA juga pasti aku kembali.
Tapi mugkin janjinya dengan aku bukan diwaktu ini dan tak akan terbayar selagi aku tidak menjelaskan semua janjiku sebagai seorang hambanya di muka bumi.
Aku dilahirkan sebagai insan tak sempurna tapi cukup sifatnya.Alhamdulillah.
Tapi entah dimana salah dan silapku ada juga insan yang setia disisi semuanya ditarik kembali.
Perubahan memerlukan pengorbanan dalam kehidupan.
Maka aku harus akur.

the price of pray