Tuesday, 19 April 2011

IWHYH٩(-̮̮̃•̃)۶


"Please love..i want start all again with you..lets hold my hands..i will take you forever..maybe i'll be selfish but once i hold your hands..u will be mine forever...I want hold your hand even once and for honestly i crazy miss you over till death....."







Aku ingin memegang tangannya
Aku ingin terus disisinya
Aku ingin peluk dia di setiap waktunya
Jika dia sepi aku ingin hiburkan dia
Jika dia menangis aku ingin mengesat air matanya
Aku mahu mengulus jari-jemarinya
Aku serius mencintainya

...

Aku mahu telus jari-jari runcing itu
Aku mahu kucup mesra dengan cintaku
Aku mahu pegang kemas tangannya disisiku
Takkan aku lepas walau sekali detik masa berlalu

...

Aku mahu tulis namaku dan namanya di tangannya itu
Lalu aku lekapkan di dadanya agar dia tahu
Aku cintai dia bukan permainan masa sukaku
Aku cintai dia ikhlas dari jiwa ragaku

...

Aku ingin dekap tangannya ke bibirku
Ingin ku kucup dan pandang matanya yang layu
Aku ingin kata aku cinta kamu
Percayalah dengan hatimu yang satu
Aku tak ego dengan kamu
Dengan tanganmu dan ajriku aku mahu kemaskan pegangan ini selama bila kita bersatu
Aku mahu kamu sayangku
Tiada dua atau yang lainnya walau mukanya sama seperti kamu
Aku juga tetap tidak mahu
Aku cuma mahu mencintai kamu yang selama ini aku tahtakan di jiwaku
Aku dan kamu tolonglah jangan pisahkan kerana
Cuma kaulah nyawa ratu jiwaku satu
Sambutlah pegangan tanganku selamanya sayangku.

I want hold your hands

GWD ٩(-̮̮̃•̃)۶



Dia tekanan emosi
kadangkala dia ketawa sendiri
Kadangkala juga dia menangis seperti ada yang mati
Dia suka hidup sendiri
Baginya dunianya cuma disini
Jangan gangu hidupnya bahagia bersama kekasihnya dalam illusi

...

Jika ada yang menegurnya
Dia senyum sama seperti manusia normal juga
Jika ada yang tanya
Dia akan jawab sambil menyapa gembira
Tapi adakala dia emosi tak kena
Jika ada yang tegur dia akan terus mengamuk dan kata
'Jangan cuba ambil hak aku kalau tak siap kau aku bunuh'

...

Gara-gara cinta dia sudah asing dari dunia ketawa
Dia bahagia dengan dunianya yang entah kita tak tahu bagaimana
Dia menangis hiba dia menangis duka lara
Tak sampai berapa saat cuma
Dia ketawa dan kata Kau aku punya jangan kemana-mana!
Dirinya sihat di luar fizikalnya
Cacat mental kerana cinta yang digilakannya
Baginya cinta itu dirinya
Cinta itu ada dan tak pernah mati menjauh dari dia

Dulu dia sering duduk di bawah pohon cemara
Ketawanya mengusik hati macam ada jenaka badut menggeletek hati
Tangisnya seakan sendu adakala seakan meraung minta simpati
Bertahun dia disitu
Usianya muda malah masih cantik jelita
Syang seribu kali sayang dia gila!
Shhhhhh!Jangan pernah kata dia gila kerana dia tak suka!
Dia manusia paling baik didunia
Hidupnya tak pernah menyakiti sesiapa
Tapi kerana cinta dia sakit dalam jiwa
Arghhhhh.....

...

Kini di pohon cemara
sudah tiada bayangnya
Mana dia?Mana gadis suka dan sedih dalam satu masa
Aku tertanya aku ingin menyapanya mesra
Tanpa aku tahu  dia pegi menyambut illahi bulan lalu
Dia kerat jari-jarinya kerana sangka itu makanannya
Ya tuhanku mengapa dia begitu
Cintanya benar buat dia jadi orang gila
sudah tiada ketawa merdu dan sendu yang mendayu
dia gadis wad dahlia tiada disitu
Yang ada cuma bayangannya bila di bangku pohon cemara itu.

Gadis wad dahlia

KCI ٩(-̮̮̃•̃)۶


Aku duduk di sisi katil ku
Melihat mereka temanku ketawa bersuka ria
Indahnya mereka tanpa perlu menyerabutkan kepala
Aku cemburu tawa mereka
Aku ingin seperti itu
Tapi hatiku masih mempersoalkan tentang dirinya

...

Sekian kali aku mendongak bintang di langit
Rasa dalam hati bagai nak menjerit
Mengapa kata-katanya buat kau rasa terhimpit
Kenapa mesti diungkit masa laluku yang memang perit
Aku tahu aku salah dahulu itu
Tapi kenapa dia masih berulang kali mencuba mengingatkan aku
Kenapa masih ingin kata semua silapku
Slahkah mencintainya walau aku tahu aku tak sehsrusnya begitu
Bukan pintaku begini sayangku
Siapa sanggup menoreh ke dada dan disakiti lagi
Siapa yang mahu menggadai maruah kerna cinta yang lama dulu pergi
Aku tahu silapku dulu kau tak mampu lupakan lagi
Walau sekelumit dalam hati
Aku tahu kau ada juga rasa benci

...

Otak aku bercelaru
Fikiran aku buntu
Yang aku tahu cuma satu
Terasa ingin terjun banggunan berbatu-batu
Tapi mustahil juga kerana aku masih punya rasa waras disitu
Aku sakit disini dalam hatiku
Tapi tak perlulah aku hukum organ dan jasadku
Mereka tidak bersalah apa pun berlaku
Cukup dahulu mereka turut sama menanggung duka lalu
Maafkan aku kerana cinta aku lupa siapa aku.



Kerana cinta itu