Saturday, 9 April 2011

CHB ٩(-̮̮̃•̃)۶



Hey cinta cukuplah kau mendajalkan manusia
Cakap depan sayang sayang
Cakap belakang dusta dan tipu semuanya
Aku lihat ramai hati terluka
Mula-mula semua indah semata
Cukup sebulan bye-bye kau semua

Aku lihat pancaragam cinta
Semua jadi hipokrit sebabnya
Semua nak tunjuk lagak pandai berpura
Cinta yang dulu kononnya disanjung kini disepak terajang pula
Dulu depan kata hei sayang
Kini dah perkena rasa hei manusia hina
Cinta tak ku sangka jadi begitu
Semua kerana manusia yang memang hati batu

...

Dengar sini cerita cinta hati batu
Cinta takkan selamanya disisi kamu
Hari ini kau sepak terajang cinta lalu
Kau gelak sebab dia setia denganmu
Kau maki kerana dia ucap cinta padamu
Percayalah ucapanku dan ingat dalam kepala kamu
Kau terang-terang akan gigit kuku
Kau akan hilang sayang kau dahulu
Dan kau akan sendiri dihimpit rasa malu
Kau akan dapat balasan menyakiti hati yang pilu
Hanya hei cinta batu kau tunggu masa itu

...

Cinta hati batu

Friday, 8 April 2011

DGT ٩(-̮̮̃•̃)۶



Dia masih di meja itu
Ditangannya penuh dengan warna
Mungkin malam tadi dia berkerja
Dia melukis sangat lawa
Tapi sayang hatinya sedang hiba

....

 Wajahnya kusam dan muram
Hatinya tak tenteram dan kelam
Masalahnya bukan tentang sesiapa
Tapi cuma tentang cintanya yang dusta

Dia petah bicara semanis dia si jelita
Kerana cinta dia tak lalu lagi di tempat biasa
Katanya tak mahu mengingat tentang si pencuri hati yang dulu pernah bertahta
Nampak dia kuat di luarnya
Tapi dalam hati siapa yang tahu dia menangis seakan orang dirasuk gila

....

Dia gadis tenang matanya indah jika dipandang
Wajah yang ayu senang membuat ramai mata menumpu
Tapi dalam rasa hiba dia berubah jadi manusia yang kaku
Siang dia masih bisa ketawa
Malam dia busy dengan lukisannya
Lukisan hati terluka
Cuma warna merah yang di warna
Kertas putih sama seperti hatinya
Kini parah terluka sampai koma melanda
Siapa sangka dia gadis itu si ceria..
Aku jumpa bersama dakwat merah disangka warna
Tapi darah di dada kertas dan jantungnya..

Dia Gadis terluka

JP ٩(-̮̮̃•̃)۶



Jangan pergi!jeritnya lantang
tangisnya seakan meradang
mengapa kau bawa dia pergi?
Hati dia rawan dan seperti rasa ketakutan
Dia menjerit lagi hiba dan sengsara
Tangisan itu membuat semua kaku melihat dia

Dipujuk direntap tangannya
Tapi dia masih tanya dimana dia dimana
Dia menangis seperti orang gila
Walau sudah diberi injection dia masih meracau dengat bait-bait kata
Dia menangis matanya pedih
Nafasnya kencang dadanya berombak menahan geram
Walau sudah pagi buta dia masih memekik dengan setia
mengapa?

....

Rupanya cintanya mati dilanggar lari
Hatinya sakit kerana pergi
Bersama kekasih yang mati dalam mimpi
Dia masih menangis lagi
Dalam tidur dia merasa seakan realiti
Cintanya mati ditelan mimpi ngeri
Matanya merah dan lebam menatap rasa ketakutan
Cinta itu mati walau dalam maya
Dia tetap merintih gila

....

Dengan suaranya yang menggigil dia kata
Jangan pergi cintaku
Aku mahu kamu lagi
Kau dalam mimpi sama saja dalam realiti
Jangan pergi walau sekali
Kalau tak aku yang mati!

Jangan pergi

GJB ٩(-̮̮̃•̃)۶


-pinjam gambar asmirandah-

Gadis itu matanya kuyu
Senyumnya manis menawan kalbu
Bibirnya ringan menuturkan ayat yang buat aku tak jemu
Rupanya rupawan ayu dengan bertudung krim susu
Kata-katanya buat aku rindu
Dia yang lemah lembut bersopan dan pemalu
Tapi punya keistimewaan menarik jiwaku ingin tahu
Pertama kali berbicara kami suka bergongsi cerita lucu
Adakalanya lagu-lagu melodrama menjadi pengusik jiwa kami yang merindu
Gadis itu menarik entah dimana
Aku kenali bukan terjumpa di pasar raya
Tapi di satu laman web terkemuka
Puisinya indah jiwang kalah sastera
Tapi sekali baca pasti akan ternganga
Dia gadis itu lentoknya buat aku kaku
Suaranya merdu melenakan malamku
Dia tegas bila berkata tapi cengeng bila bercinta
Gadis itu aku rindui dia terus dan terusan merinduinya
Gadis dari johor bahru memang kau buat aku benar rindui dirimu!

Gadis Johor Bahru

Thursday, 7 April 2011

KBM ٩(-̮̮̃•̃)۶

Andai hati ini boleh diskrinkan,Aku ingin kau lihat segala isi hati yang aku miliki.
Aku bukan bangsawan dan aku bukan manusia yang terhebat kerana aku cuma manusia yang ingin dicintai.
Tapi cinta itu tak semestinya bersama Dan cinta memang banyak dugaan serta durinya.
Aku tak kisah jika aku merana dan aku yang sengsara.
mencintaimu dalam diam memang buat aku bagai nak gila.
Tapi kau aku tak tahu apakah kau merasainya juga atau memang tiada.
Tiap saat mata terbuka dan tiap saat bibir mengukir senyuman Rasa Sakitnya menusuk di kalbu.
Bila kau tanya apakah betul dan jujur aku rindu kamu,Seikhlasnya aku betul dan tanpa ragu aku mengiyakan tanpa jemu.
Tapi mungkin kau masih tak percaya kataku.
Kau tak akan percaya pada kata cintaku juga Mungkin cukup bagimu semuanya dusta belaka.
Mungkin kau rasa ia perasaan yang sementara kan?
Kau sering juga bertanya apakah aku akan lupa tentang cinta ini bila aku sudah mengingati tentang kisah ku dulu.
Jawapanku tak sama sekali tapi kau tetap terus meragui.
Aku rasa kejam agaknya untukku terus mencintai dan mengharapkanmu.
Tapi bagaimana harus ku hentikan perasan dan debaran tika merindui kamu?
Perasaan ini tak membebankan cuma aku terlalu takut bila kau sering meragui tanpa kau tahu kebenaran.
Aku cinta kamu tapi apakah kau benar tahu atau kau saja berpura tidak mengerti agar kau tak akan percaya tentang perasaan aku ini.
Aku tahu aku bukan ada pun di hatimu dan aku tahu cinta itu bukan bermakna memiliki dan aku juga tahu aku tak akan ada peluang pun tuk dicintai kamu kerana cintamu bukan milikku.
Ia milik dia yang kau cintai selalu dan bukan AKU.




Kau bukan milikku

PCB ٩(-̮̮̃•̃)۶


Hari ni mood aku tak berapa mahu menulis jadi aku mahu berpuisi.Walau ia tak indah seperti pemuitis cinta yang bergelora.Cukuplah sekadar tatapan kita bersama.

Jiwa ini lara tapi kehangatan itu masih ada
Tangisan aku bergema menggamit rindu betapa shahdu pada si dia
Aku tahu sukar bagiku melupakannya
Terlalu perit juga mencintai dia
Aku binggung apa sebenarnya di hatinya?
Kekadang dia mengungkap rindu dan bila aku membisu
Dia kaku disitu dan dia sering bertanya apa aku cuma diam sahaja
Aku ingin fahami hati dan dirinya
Tapi sayang aku memang tak boleh baca fikiran dia
Arghhh penat untyuk terus bersembunyi di sebalik diri sendiri
hakikat tu lebih sakit dari imiginasi
Apa sebenarnya dia rasa?
Apakah pernah aku di hatinya kini walau untuk sesaat berpaling?
Aku tak kesal mencintai dia walau dalam diam
tapi aku mushkil tentang rahsia di hati dia yang memang susah aku bongkarkan
kerana dia seakan terlalu perahsia lebih dari yang aku tahu tentangnya.


Puisi cik butang NOT pantai cahaya bulan ok!

Sunday, 3 April 2011

AMGK ٩(-̮̮̃•̃)۶

Semalam dia penat katanya.Berbalas mesej pun cuma seketika.
Tapi tiada mengapa kerana itu pun sudah cukup buat aku melepas rindu pada si dia.
Bagi sesetengah manusia bekas kekasih sebagai sahabat terlalu perit.
Tapi bagi kami berdua entahlah terlalu rumit.
Aku ini pula dulu mungkin rasa aku kuat untuk menghadapa penyakit sakit cemburu pada kasih barunya.
Tapi entah kenapa kini aku sendiri yang tersembam di setengah perjalanan yang memang sakit.
Semalam kami berbicara tentang perkara merepek.
Dari langit mungkin aku dapat kekuatan menyatakan bahawa aku memang teringin peluk dan cium dia.
Rasa seperti mustahil tapi entahlah kalau boleh.
Aku memang rindui dia setiap masa dan rasa itu cuma tuhan yang tahu betapa seksanya merasa.
Seharian aku di hospital terkemuka di kota raya membosankan jiwa.
Dalam kepala tak habis-habis memikirkan tentangnya.Apa yang dia buat sekarang?Sudah makan minumkah?Rindukah dia padaku sama seperti aku yang memang gilakan dia?
Dan hati pula tak habis bikin gila menyebut namanya.Alahai cinta.
Kalau didusta sengsara kalau dilayan makin gila.Patutlah sekarang orang muda ramai masuk wad gila.
Inilah halnya kalau kita kemaruk bercinta tapi kalau bahagia tak apa.
Buat seperti aku manusia yang gila bayang bagaimana?Tidakkah haru dunia yang berwarna jadi kelabu.
Bila doktor tanya aku soalan yang aku jawab bukan jawapannya tapi aku kemukakan kembali pertanyaan.
Doktor kata aku ni mungkin belum pulih dan nyaris-nyaris ditahan kembali.
Peningnya mencintai buat aku menjadi tuli malah buta juga sekali kerana walau aku buka mata seribu kali yang aku lihat cuma bayang dia yang tersenyum padaku sendiri. -arrrggghhh!-
Hei cinta,aku terlalu rindu tuk menelefon kamu tapi aku takut bila mood kamu tidak begitu.
Kasihku,tak mengapa kalau cuma aku yang gila mencintaimu tapi kau cuma tahu aku sahabatmu.
Biarlah hati ini yang satu sendiri dan aku tetap mencintai tanpa jemu kerana aku betul serius untuk pulihkan hubungan lalu.Aku terlalu cintai kamu.



Aku pusing ke kanan aku nampak kau
Aku toleh ke belakang aku lihat kau melambai
Aku tutup mata aku lihat kau tersenyum manja
Aku tutup telinga aku dengar suara kau yang menggoda
Aku pusing seribu kali pun masih juga aku lihat kau disitu
Memang sah aku kena penyakit gila!
Gila kan kau wahai puteri tercinta!

Aku Memang Gilakan Kau

PBM ٩(-̮̮̃•̃)۶

"If i can I really want talk to u and i really want purpose you to be mine"

Malam ini bisakah kau temani aku?
Malam ini jika aku mahu meluahkan semua kata-kata dihati yang selalu mengganggu apakah kau mahu mendengar semuanya dan segalanya kasihku?
Malam ini entah dari mana semangatnya aku teringin sekali memelukmu kalau kau di depan mataku.
Malam ini kalau ku bisa ku mahu kau lagi tuk menjadi milikku kembali.
Bersaksikan bintang dan bulan di langit aku mahu mereka tahu bahawa jujur aku mahu kau jadi puteriku.
Bersyaratkan cinta dan kasih sayang yang jujur dan ikhlas aku mahu kau terus bertahta di jiwaku buat selamanya.
Aku mahu mulakan segalanya dengan muka buku yang baru dengan impian yang masih sama bertemakan tentangmu.
Aku teringin sekali memulakan semula perkenalan dulu.
Aku cik butang dan kau puteriku sayang.
Aku ikhlas mahu kau jadi ratuku di hati dan hidupku.
Aku mahu semuanya jadi begitu sempurna cukup cuma kau cintakan aku pasti aku bahagia.
Kau nyawaku dan kaulah utama dalam list orang yang aku perlu.
Sayang sungguh I LOVE U and I NEED YOU!



Dengan degupan jantungku berdegup kencang dan dengan nafasku seakan hilang
Aku ingin kau tahu sungguh sayangku
Please be Mine!
And Says YES!