Sunday, 3 April 2011

AMGK ٩(-̮̮̃•̃)۶

Semalam dia penat katanya.Berbalas mesej pun cuma seketika.
Tapi tiada mengapa kerana itu pun sudah cukup buat aku melepas rindu pada si dia.
Bagi sesetengah manusia bekas kekasih sebagai sahabat terlalu perit.
Tapi bagi kami berdua entahlah terlalu rumit.
Aku ini pula dulu mungkin rasa aku kuat untuk menghadapa penyakit sakit cemburu pada kasih barunya.
Tapi entah kenapa kini aku sendiri yang tersembam di setengah perjalanan yang memang sakit.
Semalam kami berbicara tentang perkara merepek.
Dari langit mungkin aku dapat kekuatan menyatakan bahawa aku memang teringin peluk dan cium dia.
Rasa seperti mustahil tapi entahlah kalau boleh.
Aku memang rindui dia setiap masa dan rasa itu cuma tuhan yang tahu betapa seksanya merasa.
Seharian aku di hospital terkemuka di kota raya membosankan jiwa.
Dalam kepala tak habis-habis memikirkan tentangnya.Apa yang dia buat sekarang?Sudah makan minumkah?Rindukah dia padaku sama seperti aku yang memang gilakan dia?
Dan hati pula tak habis bikin gila menyebut namanya.Alahai cinta.
Kalau didusta sengsara kalau dilayan makin gila.Patutlah sekarang orang muda ramai masuk wad gila.
Inilah halnya kalau kita kemaruk bercinta tapi kalau bahagia tak apa.
Buat seperti aku manusia yang gila bayang bagaimana?Tidakkah haru dunia yang berwarna jadi kelabu.
Bila doktor tanya aku soalan yang aku jawab bukan jawapannya tapi aku kemukakan kembali pertanyaan.
Doktor kata aku ni mungkin belum pulih dan nyaris-nyaris ditahan kembali.
Peningnya mencintai buat aku menjadi tuli malah buta juga sekali kerana walau aku buka mata seribu kali yang aku lihat cuma bayang dia yang tersenyum padaku sendiri. -arrrggghhh!-
Hei cinta,aku terlalu rindu tuk menelefon kamu tapi aku takut bila mood kamu tidak begitu.
Kasihku,tak mengapa kalau cuma aku yang gila mencintaimu tapi kau cuma tahu aku sahabatmu.
Biarlah hati ini yang satu sendiri dan aku tetap mencintai tanpa jemu kerana aku betul serius untuk pulihkan hubungan lalu.Aku terlalu cintai kamu.



Aku pusing ke kanan aku nampak kau
Aku toleh ke belakang aku lihat kau melambai
Aku tutup mata aku lihat kau tersenyum manja
Aku tutup telinga aku dengar suara kau yang menggoda
Aku pusing seribu kali pun masih juga aku lihat kau disitu
Memang sah aku kena penyakit gila!
Gila kan kau wahai puteri tercinta!

Aku Memang Gilakan Kau

No comments:

Post a Comment