Tuesday, 19 April 2011

GWD ٩(-̮̮̃•̃)۶



Dia tekanan emosi
kadangkala dia ketawa sendiri
Kadangkala juga dia menangis seperti ada yang mati
Dia suka hidup sendiri
Baginya dunianya cuma disini
Jangan gangu hidupnya bahagia bersama kekasihnya dalam illusi

...

Jika ada yang menegurnya
Dia senyum sama seperti manusia normal juga
Jika ada yang tanya
Dia akan jawab sambil menyapa gembira
Tapi adakala dia emosi tak kena
Jika ada yang tegur dia akan terus mengamuk dan kata
'Jangan cuba ambil hak aku kalau tak siap kau aku bunuh'

...

Gara-gara cinta dia sudah asing dari dunia ketawa
Dia bahagia dengan dunianya yang entah kita tak tahu bagaimana
Dia menangis hiba dia menangis duka lara
Tak sampai berapa saat cuma
Dia ketawa dan kata Kau aku punya jangan kemana-mana!
Dirinya sihat di luar fizikalnya
Cacat mental kerana cinta yang digilakannya
Baginya cinta itu dirinya
Cinta itu ada dan tak pernah mati menjauh dari dia

Dulu dia sering duduk di bawah pohon cemara
Ketawanya mengusik hati macam ada jenaka badut menggeletek hati
Tangisnya seakan sendu adakala seakan meraung minta simpati
Bertahun dia disitu
Usianya muda malah masih cantik jelita
Syang seribu kali sayang dia gila!
Shhhhhh!Jangan pernah kata dia gila kerana dia tak suka!
Dia manusia paling baik didunia
Hidupnya tak pernah menyakiti sesiapa
Tapi kerana cinta dia sakit dalam jiwa
Arghhhhh.....

...

Kini di pohon cemara
sudah tiada bayangnya
Mana dia?Mana gadis suka dan sedih dalam satu masa
Aku tertanya aku ingin menyapanya mesra
Tanpa aku tahu  dia pegi menyambut illahi bulan lalu
Dia kerat jari-jarinya kerana sangka itu makanannya
Ya tuhanku mengapa dia begitu
Cintanya benar buat dia jadi orang gila
sudah tiada ketawa merdu dan sendu yang mendayu
dia gadis wad dahlia tiada disitu
Yang ada cuma bayangannya bila di bangku pohon cemara itu.

Gadis wad dahlia

No comments:

Post a Comment