Saturday, 2 April 2011

PDGML ٩(-̮̮̃•̃)۶

"I Can't Stop Now,don't you Know?I ain't Never gonna Let You go.Don't go.Please Don't Go."


Aku tanpa kau kesepian sendiri
Pintaku jangan kau pergi
Kerana aku masih
Masih mencintai kau sepenuh hati


Sis aku kata aku ni jiwang tapi belum karat.Sesuka hati dia je nak mengata tapi hakikatnya kebenaran itu memang ada.
Entah dari mana aku minat tuk bersastra tapi tak adalah sehebat sasterawan negara.
Cuma lebih kepada sastera cinta. -Cool-
Hari-hari aku cuba memikirkan kebenaran masa hadapan ku dengan mimpi-mimpi yang kelabu.
Haru biru rasanya bila dia menyatakan bahawa aku perlu pergi.
Entah dimana kebenaran sebenarnya mengapa aku masih lagi degil untuk tidak menapak ke hadapan.
Dan aku masih lagi degil cuba menggapai tangannya walhal dia jauh berlari ke hadapan.
Bodoh kan bila kita masih merangkak sedangkan sebenarnya bayangnya pun tak mampu aku tangkap.
Cerita cinta apa ini? -Bertepuk sebelah tangan-
Kalau bertepuk sebelah tangan sampai sejuta tahun pun tak akan pernah berbunyi.
Tapi aku masih megharap walau seditik dan walau cuma sesaat.
Aku masih mengharap dia mencintaiku dan dia juga pun rasa begitu.
Aku bukan penulis Novela dan aku bukan pengarang drama.
Tapi aku teringin punya babak bercinta bersamanya walaupun untuk sejam cuma lagi.
Kerana banyak cerita yang ingin aku lakukan bersamanya dan banyak juga tempat yang ingin aku bawanya.
Cinta,janganlah kau pergi menjauh dan janganlah kau halau aku.
Tanpa kau aku mati dalam hidupku yang sepi kerana aku perlukan kau lebih dari berjuta kali yang kau tahu.




Please Don't Go My Love 

No comments:

Post a Comment