Thursday, 31 March 2011

TKC ٩(-̮̮̃•̃)۶

Hei sayang,
Kenapa semakin penat aku ingin mencuba jadi biasa semakin ligat hatiku yang mengada mengukir nama kau.
Semakin aku sibuk belajar tentang pelajaran untuk hidup di dunia semakin sibuk juga si hati belajar untuk terus mencinta kau.
Hei kasih,
Apakah yang kau lakukan hingga aku punya perkataan -mustahil- untuk melupakan kau walau cuma akalku meminta -sekejaplah,nak belajar ni-
Ini memang kerja gila kerana aku jatuh cinta pada kau orang yang sama dalam waktu yang sama tapi untuk entah kali ke berapa juta kali.
Hei cinta,
Dengar sini aku mahu berpuisi.
Aku sudah penat dan lali untuk terus menghalang hati aku merindui kau.
Maka aku rasa aku perlu rindu kau.
Kau memang sudah menang menakhluki hatiku juga akal warasku.
Tentang kau buat aku semakin merindui selalu.
Dan perasaan itu sering buat aku cuma ingin fikirkan kamu.
Terima kasih cinta kerana kau aku sangat hargai masa.
Bukan apa,Aku cuma takut terlepas waktu itu berlalu sebab hatiku akan memberontak jika tak merindui kau walau cuma dalam masa seminit!


Terima Kasih Cinta

No comments:

Post a Comment