aku sendiri di bilik tika ini
bertemankan sahabat rapat laptop yang setia
bunyi-bunyi enjin kereta di jalan raya menjadi halwa telinga
aku tarik nafas perlahan tapi dalam dan lama
nafas dihembus tenang buat aku lega
jari-jari ini terus meniti di papan kekunci sahabat setia
entah apa yang aku coretkan di muka skrin
aku masih mencari kata-kata yang sesuai menggambarkan suasana
keluhan pun bermula dituruti kata-kata yang tak seberapa
hurmmm.....
...
aku rapat diri ke jendela sebelah meja
aku termenung mendongak ke langit tua
suasana malam benar gelap dan gelita
cuma diterangi sedikit bantuan cahaya bulan dan neon di jalan raya
aku renung dada langit yang luas meluasi bumi dan angkasa
malam ini bintang tiada
sebutir cahayanya pun aku tak dapat cari di ruang atas sana
mungkin kerana tadi hujan senja dan magrib seketika
maka tiadalah bintang muncul di sana
aku tersenyum dan minda mengawal roh tuk terus meluah kata-kata
...
ada segaris senyuman terukir di bibirku
saat mengingati titik-titik sebuah cerita
bagaimana aku mengenali cinta
bagaimana aku percaya pada perasaan yang hadir tiba-tiba
bagaimana rasa apabila dicintai dan dimanja
bagaimana terjalinnya sebuah ikatan dua jiwa
dan bagaimana aku boleh mengagak apa yang dirasa
itulah sebenarnya nama cinta
...
cinta bukanlah objek dan bukan juga sejenis boneka
cinta bukan mutiara malah bukan harta wang semata
cinta itu perasaan yang mengasyikkan manusia
meluahkan rasa bahagia malah boleh melenakan manusia seketika
cinta punya makna tersendiri
berdiri di atas kata-kata yang masing-masing fahami
ada yang kata cinta itu buta
dan ada juga kata cinta itu gila
semuanya tak sama bila meluahkan pendapat mengenainya
dan bagi aku tentang cinta
ia adalah rasa yang memang mampu mengubah dunia,cerita,jalan,minda
juga sikap kita sekelip mata
kerana cinta punya kuasa mempengaruhi kita bertindak luar biasa
...
aku takut untuk mencintai malah memiliki
bukan kerana aku takut menghadapi dugaan yang bakal dihadapi
tapi aku takut jika hati ini terguris kerana sekeping hati
cinta itu memang nyatanya indah
mampu buat kita ketawa sekelip mata
mampu buat kita nagau fikirkan dia yang kita suka
mampu buat kita rasa indahnya bila menikmati semesta cinta syurga dunia
tapi tanpa kita sedar sebenarnya
cinta tak semua mampu buat kita bahagia
tak semua mampu buat kita tabah seperti orang yang kecewa
manusia lain-lain sikap dan setiapnya punya rasa
bila bicara soal cinta ada yang kasar dan ada yang lembut menjaga
tapi tu semua berubah kerana tindakan refleks cubjek yang bernama
cinta
...
cinta yang luar biasa bukan kerana rupa
bukan kerana pangkat darjat serta kemewahan mereka ada
cinta luar biasa itu sukar dicari dan dimiliki
iabetul mampu buat kita gila
ia buat kita asyik fikir mengenainya
malah ia hadir menghubungkan dua jiwa mengikat kasih setia
cinta itu bukan mainan bukan sekadar pada perkataannya
tapi ia buat kita tak jemu dengan hati yang merasainya
cinta itu mendebarkan jantung kita
ia buat kita tak tentu hala
dan kadang-kadang tanpa kita sedar
ia mampu mengubah mood kita dengan penangannya saja
cinta memang bukan sekadar madah
kerana cinta perasaan yang indah
kita sanggup tunggu si dia yang kita suka
malah kita sanggup tempuh semua onak duri demi dia
walau kita terluka mengalir air mata merindu dia
kita tak kisah malah kita makin tabah mencintainya
...
walau adakalanya orang kata cinta ini semua dusta
semuanya kerana terlalu mengikut hawa nafsu
tapi lupakah kita bahawa memang lumrah manusia
tuhan itu hadirkan perasaan suka dan mencinta
perasaan itu bukan sesuka hati mahu dipaksa
dan bukan sesedap mulut nak kata
tapi ia betul bermakna dan cinta yang tulus memang datang cuma dari jiwa serta hati kita
perasaan yang buat kita tak tentu arah
perasaan cemburu bila ada yang mahukan dia
perasaan sakit hati bila dia tak mahu layan kita
perasaan sedih bila dia sakit atau berduka
dan kita akan turut gembira jika si dia bahagia
kita akan secara tiba-tiba dan tak mampu mengawal apa-apa
kita cuma mahu lihat dia cinta kita hidup bahagia
walaupun cinta itu sebenarnya dia dengan kita atau tidak
ia bukan persoalan utama
kerana cinta yang sejati tak mengira banyak makna sakit terluka
walau dia sebenar bukan milik kita
cinta tak semestinya memiliki hati dia
cinta itu anugerah dan ia punya magik tersendiri yang tak mampu kita fahami
walaupun kita tanya bejuta kali pada hati
ia rahsia abadi sebenarnya cinta sejati.
makna sebuah cinta
No comments:
Post a Comment