Wednesday, 11 May 2011

SLK٩(-̮̮̃•̃)۶

aku memang bosan
tiada teman tiada cinta
tiada kata-kata pujangga
tiada yang mahu tanya tentang kisahku
tiada rasa berdebar tiap kali merindu
tapi aku bershukur kerana sekurangnya
aku masih juga bernafas hingga ke waktu ini



...



dahulu aku pencari cinta yang setia
aku cari sebuah kebahagian
aku ungkap sebuah keprcayaan
tapi itu semua kenangan
aku tanpa mereka
tanpa insan yang perlu dicinta
aku takut untuk percaya pada kalimat itu
bukan aku benci 
tidak juga aku letakkan rasa marah
tapi aku terlalu takut berulang kembali cerita lama



...



aku kini sendiri
jemu meratap diri
kelu kata apa yang harus aku ungkapkan
jiwa kosong
sepi mencengkam hati
rasa bosan rasa aku memang sendiri
aku tanpa siapa lagi
tiada guna meraung mahupun menangis
yang tinggal kini cuma aku dan memori
aku ketawa cuba berjenaka
kekadang pula rasa seakan boneka saja
ikhlas tiada dalam jiwa
hati kosong sekosong tin saja
aku manusia tapi rasanya macam manusia yang berjasad saja
roh kaku tinggal nyawa
hati hempedu rasa bercelaru
aku perlu cinta tapi secalit pun tak ada
hurmmm......
kini aku cuma mampu mengeluh saja
aku tanpa cinta
ibarat roh tiada di jasad
nyawa melayang menangis hiba
dan aku kaku seakan makhluk bernyawa sejuk.


sendiri lagi kini

1 comment:

  1. selalu membayangkan andai saya lah chenta awak :)

    ReplyDelete