satu dua tiga
empat lima enam....
tujuh lapan.....tup..tap..seratus!
sampai berapa juta pun aku penat mengira
tetap sama keadaannya
...
aku nak kata hidup ni umpama apa ek?
umpama angin?
masalahnya aku tak melayang pula
umpama api
aku bukan jenis panas sentiasa
umpama tanah?
aku bukan manusia yang sentiasa cool
air??
mungkin!
hidup aku kadangkala tenang seumpama di lautan
tapi kadangkala bila ombak bergelora
aku terhuyu hayang berderu menyembah tanah
...
manusia semua tak lari dari melakukan kesilapan
aku pun sama
belajar untuk menjadi sentiasa betul
tapi kadangkala aku kena akur
ada juga aku yang salah dalam membuat keputusan
haishhh
manusia...
tapi walaupun salah
tetap tak mahu mengaku.
masih ego ego dan ego.
...
aku percaya pada takdir
tapi kadangkala ada juga aku tertanya sendiri
rentak irama apa takdir aku ni?
melodinya macam lagu slow motion ja
jadi memang sesuai la dengan aku
jiwa berkelana
haha.
hidup aku memang dah tiada air mata
dah tak larat lagi mahu menangis luka
cuma kadangkala juga
aku akan tersentap rasa
hingga aku tak sedar
aku terlebih meluah rasa amarahnya
...
kertas ditangan aku ronyok lama
lama dan lama
sentimental pula di malam buta
saat tu aku sendiri
di meja drawing
termenung mengadap langit hitam
gelap!!
macam hati aku kan?
**hurm*
...
aku tanya pada diri
kenapa lah aku tak sama macm org lain?
boleh senyum seikhlasnya
tentang perasaan lontar jauh-jauh
tapi malangnya......
aku bukan orang lain tu
aku adalah aku
gadis cengeng dan manja
semua nak kena dibayar dengan air mata
kering macam mana pun
sendu masih bersisa
...
aku nak jadi org yang kuat
aku tak akan mengalah
aku mahu berjuang
bukan kerana sesiapa
bukan kerana cinta
bukan kerana perasaan
tapi cuma kerana aku mahu hargai hidup bersisa
aku mahu hargai tiap detiknya
itulah sebabnya aku mahu terbaik
setiap saat
detik dan ketika
aku cuba walau aku jatuh juga
aku cuba dan cuba
aku harus
...
aku ada tertouching sebab banyak benda
aku tak sempurna
air mata tak lekang dari tubir mata
orang tak nampak
tapi cuma aku dan hati je rasa
cukuplah aku je
kawan-kawan kata aku kebal
hati kering sebab aku tak terasa
aku tak cepat menangis
aku tak cepat terluka
tapi semua tu dusta
dusta depan korang
sebab aku tak mahu jadi lemah
lagi lagi dan lagi
aku mahu kuat walau perit
sekian
aku mahu terus berjuang walau payah!
No comments:
Post a Comment