sakit hati itu menyakitkan
lagi-lagi bila berbicara soal cinta
kenangan lama sukar dihapuskan
memori luka juga tak terpadam dari ingatan
setiap masa dan ketika
memori kembali diimbas seumpama baru sesaat lepas
...
payah bukan melupakan dan menolak jauh sebuah perasaan
walaupun hakikatnya terluka tertoreh dalam
masih juga hati dan ingatan mahu dikembalikan
hati tak penat merayu
jiwa tak pernah berlagu
cinta padanya mungkin tak pernah padam
...
temanku itu aku cuma lihat dari jauh
sepi jiwanya tak tersentuh
aku tahu air matanya sering jatuh
menitis ke pipi walang bersama hati
kata-kata cuma jadi penyepi
walau ditolak tepi si hati tetap sama lagi
dia masih cinta memori cintanya kembali
...
aku tahu dia cuba berlari
menyepi kerana keliru dengan diri
meraung meminta kenangan dikembali
menangis meminta sebuah senyuman cinta hati
tapi apakah akan terjadi?
aku cuma mampu belas dan pandang dari jauh
mendoakan dia tabah walaupun cuma seminit dalam hari-harinya.
...
senyumlah teman si mantan
sepikanlah sebentar tangisan yang meradang dipujuk ditelan
lihatlah dunia realiti bukan mimpi
tiada guna bersama memori luka dan menghiris diri
ibarat merobek jantung sendiri
berdarah bernanah tiada ubat di dunia ini
...
mantan
cinta bukanlah illusi
sudah aku kata ia antara dua hati dua jasad memiliki
jangan mencintai memori luka dan sendiri
ia ibarat membunuh diri walau dengan cara halus
ia pasti akan mati secara perlahan perlahan
hingga satu masa kau tak akan sedari
hati kau sudah lama tiada dimakan memori
...
bangunlah perlahan-perlahan
menapaklah walaupun ibarat bayi yang baru bertatih panjang
walau rebah bersabarlah dengan harapan
hidup seindah pelangi
mentari di siang hari bulan pula menemani di malam hari
percayalah diri
kau mampu bangkit walaupun lama menanti
aku tahu kau senyum sesekali
tapi ikhlaslah buang tangisan itu pergi
kau punya sahabat
semuanya!sangat mengerti
cinta tak akan selalu bahagia bagai mimpi puteri
mantan hiasi peribadi jagalah diri
cinta yang hadir biarlah yang menyinari
bukan memendam rasa hancuri dengan duri
sabarlah
pasti satu masa kau akan terus tersenyum bersama cahaya
senyum tanpa ada tangisan air mata
senyum yang ikhlas dari jiwa
tiada kesepian dan tiada perlu menghilangkan diri
pergilah sepi carilah satu warna warni hati
insyaallah kau jumpanya nanti teman.
mantan aku mahu lihat kau senyum!
sekali saja lagi tanda kau bahagia
tapi bukan seperi illusi ini
senyumlah tanda ceria sebenar-benarnya
pastinya ada nanti
andai kau rebah sebelum berjuang
kau berdoalah pada DIA tuhan maha esa
pasti kau akan sentiasa tenang walau perit dan pahit
kau tetap tak akan mengalah selagi belum berjaya.
selamat cuba teman.
No comments:
Post a Comment