sudah lama aku menyepi rasanya
tak menjengah laman sepi
orang kata bila gembira
semua kata berbunga
bila derita
kata-kata semua membawa luka
...
tiada perkataan mampu aku luahkan
tiada kata yg bersesuaian
aku yg terluka dalam kegelapan
walau diseri dengan cahaya insan disisi
aku tetap sepi
...
aku tak menyalahkan perasaan
aku tak mendendami apa-apa pun yg dirasakan
cuma kesakitan
tak tertanggung dan tak mampu diselamatkan
aku mati dalam sebuah kehidupan
...
aku memang manusia yg bukan kau harapkan
bukan kau dambakan
hadir tiba-tiba dengan tanpa tujuan
tersemai kasih kerana kebetulan
tapi aku bukan boneka tanpa perasaan
aku manusia sayang!
aku manusia yg menyimpan rasa
rasa cuma untuk kau
yg kau ucap mahu lepaskan
hurm
berlinangan air mata menyembah bumi
tanah pusara kaki tiada lagi pijaknya
tergapai tangan tiada pimpinan
hati aku jadi debuan
berterbangan bersama tiupan
inikah penamatnya sayang?
jawablah dengan kebenaran
No comments:
Post a Comment