Friday, 20 May 2011

aku dan kalian ٩(-̮̮̃•̃)۶

aku rindu rindu pada semua temanku
aku mahu semua tahu aku sayang semua
aku mohon maaf andai selama ini juga
aku ada terkasar kata atau bicara
aku tak mahu ada simpan baki sisa
walau sekelumit aku akan mohon maaf dari kalian
maafkan aku setiap kataku
setiap lakuku andai ada sakit jiwa
aku tak sempurna
manusia biasa banyak kekurangan jiwa
luka dirobek hati pun tinggal terkopek
maafkan aku




...



sahabatku disayangi
dengarlah rintihan hati
memang aku kenali kalian semuanya di alam siber ini
aku cuma bisa lihat gambar kau di skrin laptop saja
dan ada juga aku langsung tak tahu rupa
maafkan aku ya
semua itu tak penting
yang penting ialah ukuran dan nilai sebuah persahabatan setia
tak kiralah dimana kita berada
ia tak akan mengubah pertalian saudara




...




cinta pun ada salah satu cinta sahabat
maka aku mahu ucap dan luah
semua sahabatku aku cinta kalian
ada berbeza umur
ada berbeza cara dan tingkah kata
dan ada juga yang ceria berduka lara
semua tu bukan pilihan kita
sayangi sahabat bukan sebab luaran atau apa mereka ada
aku sayang sahabatku kerana kamu semua adalah diri kamu
semuanya baik dan sering mengariskan senyuman di bibirku ini
masing-masing baik budi pekerti
dan yang penting 
aku sangat kagum kerana kalian semua punya hati yang murni
bersahabat walau tak kenal siapa-siapa
tapi tetap peramah dan berbudi bahasa
sungguh,kalian memang sahabat paling setia




...




kita belum ketemu bertentang mata dua
tak bermakna kau bukan teman setia
nilai sebuah persahabatan bukan pada rupa
ia ada di hati jasad kita
teman sahabat kita semua sama saja
aku sayang dan aku hormati
bagi aku tiada taraf yang dibeza kerana kita semua manusia
tiada pangkat di sisi allah
melainkan cuma peribadi kita saja
ikhlas dari jiwaku
walau ada yang aku kenal belum sampai sebulan ke
2,3 bulan ke atau mungkin baru sehari seminggu
dan ada yang lama setahun juga
bertahun ke semua aku sayang teman ku
teman seperjuangan untuk memiliki rasanya dicintai disayangi
aku kagum dengan semuanya tabah dan tak pernah mengkhianati
terima kasih kerana pernah jadi sahabatku
terima kasih buat kalian







aku dan kalian

2 comments:

  1. mencari sahabat ketawa senang , tapi mencari sahabat pabila menangis dlm kesusahan ada la sukar .....

    ReplyDelete
  2. dan saya sentiasa di samping sahabat saya sama ada senang atau susah .. ;)

    ReplyDelete