Wednesday, 25 May 2011

maaf [s][e][s][e][o][r][a][n][g]٩(-̮̮̃•̃)۶

aku tertanya sendiri
sebuah pengertian bagi seseorang tentang cinta
apakah perasaan itu mudah hadir
atau sememangnya kita tak punya sebab mengapa ia ada
bagaimana bagi seseorang itu merasa
cinta itu tumbuh dalam taman hatinya
dan bagaimana dia tahu
cinta itu milik sesiapa yang dia kenali
walau tak lama



...



aku dengar seseorang berkata
impiannya dengan si ratu jiwa
walau belum memiliki
dia sudah bermain mimpi
apakah benar ada rasa di hati
pengharapan yang abadi
dan mengapa cinta itu hadir walhal dia bukan kenali
perasaan itu benar buat aku tertanya
tentang bagaimana ia hadir mengulir ke sukma



...



kenangan lama masih belayar di minda
ada sedikit sebanyak memori lama
ada rasa mencuit hati dan jiwa
cinta itu indah saat memiliki
tapi sengsara saat ia pergi
dan seseorang itu tak pula takut menghadapi
kerana bagi aku ia memang mimpi ngeri



...



bagiku perkataan cinta bukan mudah terlafaz
cinta bukan semudah mengeja
bukan semudah mengira
malah tak mudah seperti cerita drama cinta



...



aku mendambakan kasih dan setia
seseorang bukan dalam mimpi fantasi
tapi yang aku ingin realiti
aku serik memulakan dengan mimpi
kerana takut ia tak akan pernah terjadi dan cuma tingal angan tak pasti
aku mahu bukti
sebuah cinta perlu di depan mata
takrifan ucapan dan ketika
aku tak mahu jumpa cuma dalam lena
aku mahu sebuah syurga cinta
walau ia mustahil di dunia
tapi itulah yang aku cari
namun ku tahu tak akan pernah ketemu walau berjuta tahun ku nanti



...



kepada seseorang itu
bukan tak ku buka pintu hati
cuma entah kapan ia terjadi
hati aku belum pasrah menanti
aku tak tunggu putera diraja 
cuma mengharapkan magika cinta seperti kisah lagenda
aku mahu sebuah keihlasan dalam cinta
bukan rupa dan pandangan jadi ukuran semua
aku manusia biasa
sama mendamba rasa belas dimanja
aku tahu kau menunggu masa berlalu dengan sempurna
maafkan ia andai kau terseksa
sukar rasanya menunggu cinta
ku tahu ia sulit dirasa
maafkan aku andai menyeksa



maaf seseorang

No comments:

Post a Comment