Wednesday, 25 May 2011

aku mendambakan ٩(-̮̮̃•̃)۶

aku sedang berusaha menabahkan diri
aku sedang mengenali diri sendiri
siapa aku di cermin saat ini
bagai terkunci dalam penjara kaca
aku diam tunduk bisu
menahan air mata



...



aku kelu saat ada rasa menghembus jiwa
aku pilu kerana bukan sebab diri sendiri
tapi sebab mereka yang ku sayangi
apa patut aku berterus terang 
atau diam kebenaran akan tiba sendiri
aku mengeluh di malam hari dengan senyuman bersisa basi



...



semalam aku seharian mengadap drama cinta
kisah gadis kesakitan
terlantar mununggu ajalnya tiba
saat dia disisi orang dicintai
dia masih bisa tersenyum
gadis itu tak takut mati
kerana dia yakin cintanya pasti sentiasa bahagia
walau cuma dengan sisa cinta yang ada
aku mengeluh lagi



...



aku mengeluh bukan kerana aku cemburu
cuma aku berfikir
apa agaknya akan terjadi jika saat aku tiba seperti gadis itu
sempatkah aku mengenali cinta setulusnya
apakah sempat aku melihat senyuman si pencinta setia
yang sentiasa mendambakan kehadiranku
walau sesaat sentiasa ingin bersama
malah setiap senyuman terukir semua kerana aku
adakah??



...



sanggupkah si pencinta terima aku seadanya
cinta ini tak akan berkekalan
seumur hidup dan realitinya kita tahu
bukan jalan ini sebagai pilihan utama
tapi naluri cinta dan keinginan yang mendorong kita bertapak begini
tak ada siapa perlu dipersalahkan
cuma hati yang benar kepingin



...



kadangkala aku tertanya
mengapa aku yang diduga dengan keperitan
rasanya aku mahu tanya pada tuhan
tapi aku tahu aku hina tak mampu pun menyuarakan
aku manusia biasa
cuma mampu berserah padanya
tak cukup diuji dengan kekancahan kehidupan
aku diuji lagi dengan segala keperitan fizikalnya
malah aku tahu keperitan di jiwa pun bertambah luka
tak punya bahagia
mungkin itu takdir sebenarnya tersurat



...




aku tak perlu cinta
yang membawa luka
tapi itu semua fakta yang memang aku tak pasti jua
sebagai manusia yang sentiasa mengingini
aku mahukan dicintai dan dimanja
dijaga saat aku sakit
saat ada urat-urat mencengkam genggaman
saat tubuh berselirat wayar aku benci
sumpah aku mahu seseorang menanti disisi
aku mengharap pada yang tak pasti
maafkan aku



...



sumpah aku tak tipu 
aku rindukan cinta
aku rindukan kasih sayang yang mengalir ke hati
aku mahu didakap saat tangisan tak berhenti
aku mahu dipujuk
saat kesakitan mulai merebahkan diri
tapi....
aku tak pasti bisakah lagi kesempatan itu menanti
aku tak mahu paksa sesiapa hadir disisi
walau cuma sahabat
jangan sayang kerana kesian
ia tak akan mendatangkan apa pun kebahagian
semuanya perlu bermula dari hati
barulah ada kejernihan perhubungan
tapi aku tahu tak semua manusia dan aku juga
layak menerima sebuah kebahagian jiwa
aku tak mampu
siapalah diriku yang disini
cuma mengharapkan warna menghiasi sisa-sisa luka dalam secebis hidupku
yang tak akan lama
warna-warna yang sudi menerangi
walaupun malap juga
ia masih sudi
aku mendambakan semuanya


aku mendambakan

No comments:

Post a Comment