cuba bayangkan
hari ini aku masih bernyawa
tiba-tiba tuhan pilih aku pergi esok hari
siapa lah yang tahu?
...
aku terfikir sejenak di depan komputer riba
aku masih muda
belum pun meniti dewasa
jika dibandingkan dengan mereka dewasa
semuanya sihat walfiat
sedangkan aku?
...
saat aku dengar ucapan pertama dari lelaki bejubah putih
aku kaku dan bibirku bisu
aku tanya soalan pertama kepadanya
kenapa aku?
kenapa aku?
...
dulu aku menangis gila-gila saat berjumpa mereka
lelaki berjubah putih yang tak pernah penat mengukir senyuman
walaupun dalam hati perit tuk menyuarakan kebenaran
tapi itu tanggujawab yang perlu dipikul
tapi itu tanggujawab yang perlu dipikul
aku kagum walau sebenarnya aku benci saat lihat mereka di depan mata
kerana mereka terlalu jujur meluahkan keputusan
hingga aku kaku dan sentiasa menggigil menerima kebenaran
hello!aku masih muda..
...
tapi ucapan itu cuma tersekat dikerongkong yang kering
dulu tangisan teman baik saat lelaki berjubah menyatakan semua
kini cuma senyuman ku kerah terukir di bibir
aku mahu kata aku sedia
ucaplah kebenaran aku terima
walau perit difahami aku tak takut lagi
tangisan ini kering bersama hati
aku terima seadanya diriku sebenarnya
...
aku renung telapak tangan
merah kerana ada aliran darah
aku membayangkan bagaimana ia tanpa pengaliran
pasti pucat tanpa kemerahan
aku tak tipu aku masih sayang nyawa aku
...
dulu aku benci untuk hidup
meratap kerana hati luka berdarah jiwa
tapi kini aku sangat sayang dengan nyawa
aku tak mahu hilangnya
aku tak mahu ia berpisah pergi
aku masih punya impian yang perlu dibina
aku masih mahu ketawa walau kadangkala aku menangis bagai orang gila
aku masih mahu begitu
bukan sepi tanpa suara
...
lelaki berbaju putih
aku minta tolong dengannya
masih aku simpan kenangan rayuan lama
tapi dia cuma mampu tersenyum dan kata
hargailah masa
...
aku benci lelaki berbaju putih
mereka memang sama hamba juga
tapi mereka sering juga bagi harapan kosong
dan akhirnya aku yang tanggung
aku masih ingat semuanya saat itu
segalanya seperti filem lama berputar dalam kepala
mesin masa lama kembali
kata-kata itu
bersabarlah dan redha
cuma tangisan yang menerima
jiwa terluka dan bertanya mengapa aku bodoh dulu
cuma kerana cinta
penyesalan tiada guna
menyesal dahulu pendapatan
tapi kini
cuma kenangan yang menyakitkan
tinggal air mata yang kering
dan sisa hidup yang perlu diisi
selagi aku punya masa
selagi aku punya masa
No comments:
Post a Comment