Wednesday, 18 May 2011

aku masih berharap ٩(-̮̮̃•̃)۶

aku tutup mata rapat-rapat
tak sampai seketika
ia celik kembali pula
aku tanya hati mengapa 
perasaanku resah semacam rasa
goyah tiba-tiba bila tak sedap hati menerpa
apa pula yang bakal terjadi kali ini
aku baca bismillah atas nama allah
memulakan bacaan terangi jiwa



...



laptop ini pemberian dia mula-mula saat aku masuk universiti
terharu juga sampai tak berhenti bibir mengukir senyuman gila
saudara mara yang dulu sinis memandang sombongnya
kini semua murah senyuman dan bertegur sapa
mahu ketawa tapi ditahan rasa
ditekup bibir geli terasa
alhamdulillah aku mampu mencapai cita-cita pertama



...



saat mahu melangkah ke menara asrama
hati dipungut sayu dan entah kenapa rasa duka citanya
bukan aku tak suka tapi rasa sesuatu akan terjadi saat aku tiada
apa????
seminggu aku pergi baru aku tahu cerita
memang benar dia mahu lupakan kami selamanya
mahu lari dan pergi lama
yelah siapalah kami cuma mengharapkan belas dan kasih saja
tak mendatangkan keuntungan walau sekejap rasa
tak mengapa saat itu aku cuma mampu gigit bibir saja
menahan tangis takut teman baru tahu cerita
takut teman baru tertanya-tanya punca
aku melayan hati saat malam di sisi katil
berpelukkan bantal dan earphone di telinga
aku menangis tersendu-sendu membuai rasa



...



aku tak menyesal pernah jadi ratu di hati dia waktu kecil dulu
cuma aku tersentap saat bukan kami lagi utama di jiwa
terketar-ketar jiwa saat mengingat peristiwa lalu
suaranya,pergerakannya,tingkahlakunya
memang aku fobia semuanya
manja kan aku?
aku pendam diam-diam
aku simpan rasa dalam hati sorang-sorang
diari jadi peneman semuanya
aku nak luah pada teman tersayang
aku malu...malu...malu..
bila orang tanya pun aku tak tahu nak kata apa
hurmmmmm...



...



dia tahu aku suka warna-warna
aku gila melukis sejak bangku tadika
aku boleh gila bila lihat pensel warna
saat memegang pelbagai jenis warna hati aku rasa teruja
gila kan aku??
tapi itu memang aku orang berseni katanya
tapi aku rasa macam tiada pun seninya
cuma memang aku minat gila dan gila dengan warna
dia pun selalu belikan aku apa jua kaitan warna
dia tahu aku suka itu dan memang aku gila begitu
tapi kini masih ingat lagikah kesukaanku?
masih ingatkah lagi bagaimana aku akan menangis cuma kerana warna?
hurmmmm
tangisan ini mengalir lagi dan lagi
sebak didada tersembunyi terluah kini
maafkan aku sekali lagi



...



kenangan manis bersama masih aku simpan rapat tak ku lupa
aku pernah menang lukisan dan seni reka terbaik
semuanya kerana idea dia
dia ajar aku guna warna air campur warna pensel
cantik!
aku teruja saat itu malah sampai tak tidur hanya kerana lukisan itu
aku gembira bukan kepalang bila tahu aku menang tempat pertama
bangga?mestilah!siapa tak bangga ayah mereka yang beri idea
tapi saat aku mahu ucap terima kasih
dia tiada pula
aku tanya pada mama
tapi cuma kebisuan yang aku terima
dalam hati kata tak mengapalah kan dia kerja tu
jadi aku simpan hadiah tu tak mahu buka dulu
tunggu punya tunggu
masa berlalu hingga akhirnya aku tak mahu tunggu
aku penat bila tahu dia tiada berminggu lamanya
hilang tanpa punca dan berita



...



kini kebenaran terbuka di depan mata
hampir juga aku rebah dulu
saat aku benar goyah dan sendiri tahu semua cerita kebenarannya
aku benci manusia begitu
aku tak suka diperlaku macam hati ini batu
apa dia lupa kami pun mampu merasa
apa dia lupa kami perlu dia bukan wanita itu
tapi dia.....
terima kasih tuhan
tanpa dia kami masih ada rasa cinta 
tanpa dia kami masih ada tempat tumpang bermanja
walau kadangkala sakit jiwa bila ingat dia
tapi kami tahu dia tetap ketua keluarga
aku masih ingat dan simpan pesan mama tercinta
cuma dia ayah kamu semua
sampai kiamat pun cuma dia sorang saja
sakit mana pun hati kita
jangan lupa tanpa dia
kami tiada
pesanan itulah yang buat rasa hormat dan sayang itu masih bertaman di jiwa
walau dia tiada saat kami bersama
tapi aku masih harap dia sedar kami ingat dia




aku masih berharap

No comments:

Post a Comment