Wednesday, 18 May 2011

terima kasih tangisanku ٩(-̮̮̃•̃)۶

setiap saat aku cuba terus senyum setabahnya
kadangkala aku kalah juga
teringat kisah-kisah luka lara
setiap kali aku melukis di atas kertas kosong
pasti ada air mata menitik seperti satu rutin pula
aku teringat dia
dia yang aku nafikan aku sayang
walhal tipulah aku tak ada rasa itu walau sekelumit jua
cuma aku kelu dengan kata sayang itu



..



angin mendayu menyejukkan aku yang kelu
rasa sejuk meresapi jiwa dan hatiku
tapi perasaan dan tubir mata rasa hangat seketika
dengan titisan air mata
bibir terbuka keluhan terhasil jua
mengenangkan dia hati rasa sakit
bukan benci tapi serba salah kerana sebuah sesalan
dan kadangkala saat lihat yang lain disayangi oleh insan seperti dia
hati mula merungut gelisah dan amarah membara
tapi....



...



bukan jenis aku manusia yang cepat marah
dan bukan akulah manusia berdendam
tapi kenapa kekadang ada juga rasa itu melintas sebaik teringat peristiwa pahit
maafkan aku tuhan
tak sepatutnya aku jadi begitu
tak seharusnya aku mengingat lagi perkara lama
tapi aku manusia biasa
sungguh tak mampu hilang fobia itu setiap kali
tangan ini melakar lukisan diatas kertas
dengan pantas terbawa emosi yang tak mampu dilewati
ermmmm...



...



bibir digigit sakit rasanya
tapi sakit dihati ini apakah dia tahu?
kenapa dia tak macam dulu diwaktu aku kecil lalu
apa pantas aku menyuarakan soalan itu padanya?
bukan niat mahu berkasar apatah lagi kurang ajar
tapi cuma satu je jawapan yang aku dambakan
kenapa begini kalau tak sayang aku dan mereka?
kenapa mesti lari dari takdir dan mengelak terus dari aku
benarkah aku dan mereka tak bermakna dalam hatimu?
kerasnya hati itu tak mampu aku lunturkan dengan air mata
malah makin panas dan baran itu yang selalu menjengah akhirnya..
sayang..



...



kau tak sama seperti yang lainnya
disaat raya aku ingat kau ada bersama
disaat aku rebah nyawa beri amaran
kau tiada memgang jari jemariku yang kaku
kau tiada saat tangisan ini berlagu ketakutan menanti kepasrahan
aku tak menyoalkan tanggungjawab sesiapa
cuma sebagai manusia biasa
aku teringin punya kau walau satu hari saja
tak rindukah kau pada kami?
atau yang kau tahu cuma jeritan dan kebencian yang mendalam?
hurmmmm
aku tak mampu berkata apa
cuma hanya mampu menangis pilu




...



saat aku senyum ketawa gembira
aku mahu kongsi rasa betapa aku mahu kata aku mampu
tapi tiada kau disisiku
walau cuma dalam talian telekomunikasi pun kau membisu
ya allah gugur lagi air mataku
aku tatap lukisanku
ya allah aku bersyukur tuhanku
aku mewarisi bakatnya dari usia kecil lagi
aku mahu tunjuk padanya
tapi......
mana dia?
mana dia?
aku bukan darah daging diakah?
kelu dan membisu...
terima kasih tangisanku


terima kasih tangisanku

No comments:

Post a Comment