Entah kenapa dari tadi tak berhenti tangisan ini
untuk apakah ia mengalir?
tak mampu ditahan sendu ini berlagu
terlukakah aku?
kenapa berat benar rasa yang tertanggung ini
...
air mata ini tak habis menitik
kekuatan mana mahu aku pinta
aku mahu pinjam bahu dia
tapi sudikah dia mendengarnya
sudikah dia menahan rasa
aku tahu aku kini sendiri menahan peritnya
...
maaafkan aku ada antara janji
aku tak bisa tunaikan
aku menangis saja
aku tak bisa berhenti
malah makin mengalir lagi
...
aku tak tahu bagaimana caranya
lupakan segala cerita dan hidup normal
seperti mereka
meski aku cuba setkan minda
aku masih tak juga lupa
...
aku berpuisi bukan kerana menabik dada
bersastera bukan bidang aku
cuma sekadar meluah isi hati
maafkan aku kerana begini
aku tak mampu meluah pada sesiapa
walaupun padanya
...
sakitnya bila luka masih bersisa
sakit juga bila hati sengaja merobek jiwa
apa lagi yang tinggal
sekadar luka dan tangisan
tiada yang perlu ditundingkan kesalahan
kerana memang silapnya memang bermula disini
...
coretan lama dibaca
aku masih mahu kenangan itu dibuku
aku masih mahu ke waktu lalu
aku masih rasa saat itu
tapi itu semua dulu!
jerit hati dengan sendu
mengapa rasa sakitnya tak pernah berlalu
aku kah yang gagal melepaskan rasa?
diam ****
...
mereka lihat aku macam manusia berjasad tapi tiada jiwa
maaf
cuma itu mampu aku ucap
bibirku tak mampu senyum lama-lama
hati sakit macam disiat rasa
****
aku mahu hormati hidup yang masih bersisa
tapi kenapa tak boleh juga!
...
bolehkah aku cakap aku penat begini?
aku benci rasa macam ni!
aku mahu dia
tolonglah percaya
aku mahu cinta dan rasa
aku mahu rasa bahagia
walau sekejap
please andai kau orangnya
hubungi aku semula!!
aku mahu bersama selagi hayat ada
aku menunggu dengan penuh rasa setia.
coretan gila
lupakan segala cerita dan hidup normal
seperti mereka
meski aku cuba setkan minda
aku masih tak juga lupa
...
aku berpuisi bukan kerana menabik dada
bersastera bukan bidang aku
cuma sekadar meluah isi hati
maafkan aku kerana begini
aku tak mampu meluah pada sesiapa
walaupun padanya
...
sakitnya bila luka masih bersisa
sakit juga bila hati sengaja merobek jiwa
apa lagi yang tinggal
sekadar luka dan tangisan
tiada yang perlu ditundingkan kesalahan
kerana memang silapnya memang bermula disini
...
coretan lama dibaca
aku masih mahu kenangan itu dibuku
aku masih mahu ke waktu lalu
aku masih rasa saat itu
tapi itu semua dulu!
jerit hati dengan sendu
mengapa rasa sakitnya tak pernah berlalu
aku kah yang gagal melepaskan rasa?
diam ****
...
mereka lihat aku macam manusia berjasad tapi tiada jiwa
maaf
cuma itu mampu aku ucap
bibirku tak mampu senyum lama-lama
hati sakit macam disiat rasa
****
aku mahu hormati hidup yang masih bersisa
tapi kenapa tak boleh juga!
...
bolehkah aku cakap aku penat begini?
aku benci rasa macam ni!
aku mahu dia
tolonglah percaya
aku mahu cinta dan rasa
aku mahu rasa bahagia
walau sekejap
please andai kau orangnya
hubungi aku semula!!
aku mahu bersama selagi hayat ada
aku menunggu dengan penuh rasa setia.
coretan gila
menunggu i2 sama mcm cerita aq...
ReplyDeletewalau y ditunggu xkn muncul lg...
tp ati kte xpnh mati...
xpnh mati utk menanti...