benarkah kita harus mendengar kata hati?
apa segala perlu ikut perasaan?
tapi jika ikut segalanya
aku rasa pasti semua manusia yang kecewa cinta
pakat semua terjun gaung jual roh pada syaitanlaknatullah
...
cinta memang datang dari hati
tapi semua kena setkan dengan minda juga
kalau kita terlalu ikutkan hati
banyak pengaruh dan bisikan
dari suara-suara yang tidak menginginkan
...
aku cuma bergongsi sebuah pengalaman
terlalu ikutkan perasaan
tak akan kemana-mana
malah mengheret kita ke jalan yang buntu
hingga akhirnya mampu memusnahkan segala tingkah laku
...
cinta memang bermula dari hati
terbit dari jiwa hati nurani
tapi bukan semua perkara tentangnya
kita kena turut kata hati
naya jadinya jika menghambakan diri
cuma kerana cinta dan hati
...
memang aku akui dan aku setuju
sakitnya bagai tertikam di ulu hati dan jantung
bila cinta itu dirobek pergi
bila cinta tinggal kita sendiri
lukanya dalam tak mampu diubati
malah rasa kita mahu campak diri ke dalam gaung dan mati
betulkan?
...
tapi sebagai manusia yang diberi akal
percayalah pada diri jasad minda dan hati
semua perlu dikongsi bersatu jadi diri yang sebati
hidup bukanlah dengan guna hati
memang tanpa hati kita bukan siapa-siapa
rasa kosong dan sebu
tapi perlukah hingga mampu buang hidup dan terbelunggu cuma kerana seorang manusia?
...
kepada teman
kepada sahabat taulan
aku pernah merasai terkhianatinya cinta yang terukir mati dalam jiwa
cinta yang aku agung kerana seorang pencinta terhebat mencinta
tapi akhirnya rasa itu gugur jua satu persatu depan mata
tiada luahan sayang
tiada luahan cinta keramat segala
yang tinggal kata maki dan caci
**pergi mati**
...
kerana cinta
aku nekad ambil kata dia si pencinta
aku mahu tunjuk aku cintanya setia
aku mahu bilang padanya aku bukan main-main olok di pondok cerita
aku serius mencintai sepenuh jiwa
tapi dia buang aku sekelip mata
tak sama seperti dulu mebina mahligai bahtera bahagia
sampainya jiwa
**sakit**
...
aku pernah mahu bukti dengan laku gila
aku mahu telan semua ubat yang ada
jual roh demi cinta
mahu mati konon seumpama movie cinta
romeo and juliet
tapi sendiri dengan tipu muslihat cinta yang tak nyata
aku tak mampu jadi sebegitu rupa
akhirnya dengan kesakitan segala
aku rebah ke muka bumi
dengan linangan jiwa yang hancur berkecai
...
aku tak mahu jual roh pada syaitan durjana
aku masih mahu harga diri
cinta itu zalim tapi berbunga bahagia
sakitnya ya tuhan bila dirobek
macam disiat hidup-hidup
tapi bila bahagia
rasa seakan terbang ke pelangi ke tujuh
hebat bukan cinta?
cinta guna hati saja
memang melukakan bila rebah di tengah permainan
...
sayang temanku
cinta bukan gula-gula
ia hempedu berbisa
cinta gunalah akal dan hati bersama
rasalah nikmat dan peritnya juga
jangan cuma manis dibibir tapi hakikat perit di jiwa
cinta itu sebenarnya indah
tapi manusia yang mengindahkan itu
harus memikirkan cara yang sewajarnya
bukan guna hati saja
...
bila hati dan akal bersatu
cinta jadi harmoni
aku tak jamin akan sentiasa bahagia
tapi mungkin akan lebih mewaraskan kita
tiada kerja gila
tiada jadi orang gila cinta bertahun lama
tiada yang akan sakit sampai mahu terjun gaung
dan yang pasti
ia akan mengajar kita apa itu erti ketabahan sebuah
rahsia cinta
walau saat itu kita terluka parah
kita masih juga waras tuk terima segalanya dengan redha
hidup ibarat roda
ada di atas dan di bawahnya
kenapa berumah di tepi pantai
kalau takut dilambung ombak
begitu dengan cinta
jangan bercinta kalau tak rela dan sedia
hati dan akal harus bersama
kerana ia adalah prinsip cinta
nasihat gila
No comments:
Post a Comment