Monday, 30 May 2011

perlarian derita

aku cepat terasa
aku memang jiwa tak kental mana
aku bukan brutal
aku hati sekeping
cepat terguris dan aku memang cepat manangis



...



orang memang tak nampak aku menitis air mata
kerana semua rasa aku supernova
hahaha***
gelak nada senda
supernova ka?
bukan puteri air mata?




...



aku memang perahsia
air mata aku rendam sendiri
jiwa terluka aku ubat dengan duri
rasa sakit aku ketap saja bibir
aku tak mahu siapa-siapa lihat segala
aku bukan lemah cuma belum tabah



...



bila akal waras meneliti semua cerita liku sebuah hidup
aku mula rasa serabut
ada masa aku rasa mahu lari lari terus
aku tak mahu pandang siapa-siapa
aku tak mahu lagi terpijak serpihan kaca
sakit!
mampu merobek hati yang memang dah luka




...




aku mahu lari jauh-jauh
lari laju-laju tanpa siapa bisa kejar aku
aku mahu tinggalkan segalanya
aku tak mahu kenang nostalgia lama
aku mahu lupa siapa aku
tapi aku tak mahu
kerana aku sayang pula begitu
haih***



...



bila dalam mimpi
aku rasa roh seakan laju menarik jasad ke muka pintu
satu dunia yang berbeda
tiada air mata
tiada gelap tanpa cahaya
tiada suram tanpa warna
semuanya indah
ada taman bunga
ada langit dan kicauan burung syurga
indahnya!
aku mahu ke sana



...



tapi saat aku tinggal setapak saja
ke pintu dunia itu
aku kaku tanpa gerak laju
hati sebak hiba menahan tangisnya
kenapa?
aku toleh ke belakang
kalau aku melangkah ke pintu ini
aku akan tinggal mama
aku akan tinggalkan keluarga
aku akan tinggalkan kawan-kawan semua
sebak***



...



roh menarik tanganku
dibisik kata shahdu
mengapa wahai diri?
bukankah kau mahu cahaya dan bahagia
mari***
lihat dunia di sebalik pintu syurga
tiada tangisan air mata
tiada luka berdarah derita
tiada cerita sedih dan duka
yang menunggu senyuman dan bahagia
mereka ajak kita bersama



...



aku masih kaku di pintu
air mata menitis laju
apa aku sanggup hilang semua
cuma kerana sebuah bahagia di syurga?
roh kata aku bisa tunggu mereka di sana
mereka semua akan ke sana jua satu masa
tapi aku masih berat hati
keluhan berjela
****huh****



...



dengan nafas yang panjang
aku mengucap syukur pada yang esa
dengan senyuman yang hangat bersama air mata
aku seka dengan bersahaja
aku pegang tangan roh itu
dan kata
**mari**
kita kembali ke dunia nyata
itu bukan dunia kita
aku masih hargai nafas-nafas yang bersisa
aku tak mahu tinggalkan mereka
aku masih perlu
aku tak mahu menunggu di pintu syurga
tapi entah bila dapat bersama
biarlah walau berjuta kali aku menangis terluka
rebah dan tak akan bangkit kembali
aku masih mahu bersama mereka
aku tak mahu lari dari derita
aku mahu begini saja
kerana aku tahu hidup ini akan ada pasang surutnya
pasti ada kasih yang sudi menhargai jiwa




...



aku bukan pencari cinta
aku bukan pelarian dari derita
aku gadis biasa
yang penat dan ingin berhenti seketika mencari bahagia
andai ada hati yang sudi menemani jiwa raga
aku rela dengan bahagia
biarlah waktu menentukan semua
aku tak mahu lari lagi
perlarian itu cukup memenatkan
malah aku masih sayang waktu tersisa
walau hingga ke penghujung jalan
aku tanpa sebuah kalimah keramah cinta
aku masih ada teman dan keluarga bersama
cinta antara manusia
aku penat berlari tanpa arah
perlarian derita tiada makna
yang tinggal masih kesakitan rasa
maka biarkan ia berakhir
walau masanya lama.



Perlarian derita

aku mengalah dengan cerita derita lama
bukan aku lupa
tapi perlarian itu menyakitkan
aku tak mampu
kerana aku manusia sekerdil-kerdil disisinya
andai punya penghujung jalan cahaya
sinarilah aku dengan segala bahagia yang ada.




No comments:

Post a Comment