Sunday, 12 June 2011

aku mencari andai ada cinta.

Pernah tak sesekali menginginkan hati kita
mencuba sesuatu yang baru
lagi-lagi mengenai perihal cinta
pernah tak terfikir di fikiran untuk memberi ruang pada hati
membuka jiwa dan pintu
pada seseorang?




...



pernahkah hati dan minda bertaut tuk mencari sesuatu
sesuatu yang belum pasti
dan sesuatu yang membahagiakan?
pernahkah hati kau juga merasakan
sesuatu yang kosong di jiwa?
rapuh di hati dan menginginkan tuk
'dicintai'



...



Masihkah ada hati seseorang 
memang mampu menggetarkan hati?
masihkah ada seseorang yang misteri
mampu buat kita tersenyum panjang
saat mengingatinya
saat melihat gambarnya
dan saat melihat dia walau dari jauh
masih adakah??



...



pernahkah hati kau rasa ingin sangat mengenali
seseorang lebih dekat?
ingin memeluknya saat dia gundah
dan pernahkah kau rasa
saat kau mahu menangis
yang kau tahu kau cuma mahu dia
memelukmu dan mendengar tiap butir bicara luahan jiwa
pernahkah??




...



hati pernahkah kau merasakan ingin membuka ruang?
memberi hati peluang tuk menyayangi jiwa
memberi harapan kepada seseorang agar sentiasa mencinta
pernahkah ada??
huh..aku mengeluh panjang***



...




seandainya pun ada
bisakah dia tahan tuk hadapi diri ini
manja cengeng dan gila
kekadang pula rasa selalu ingin dimanja
dicintai dan didamba
masihkah ada orang yang menginginkan
cinta sebegini rupa
seperti aku?
diri yang tak seberapa



...



aku bukan terlalu merendah diri
aku cuma mengingatkan diri
di takuk mana aku berdiri
aku tak mahu melanggar apa pun batasan
perihal hati dan jiwa yang senang disakiti
sungguh kekadang ada juga masa
aku ingin diingini dirindui oleh sekeping hati
dan sejasad manusia yang mencintai
tapi aku faham aku tahu dan akur
manusia yang sebegitu tak akan wujud disini
mencintai bukan perkara mudah
tak semudah dieja ditaip dan disebut
cinta??
soal lah hati apa yang sebenarnya kita fahami tentangnya.



...



jika ditanya soalan
pernahkah jiwaku rasa mahu dicintai seseorang jujurnya?
jawapan aku mahu andai ada
yang bisa buat aku kaku
no more ego
dan dengan peliknya aku bukan aku
dan yang aku tahu aku mahu dia cuma dia
masihkah ada manusia yang begitu aku damba?
hmmmm***
cuma keluhan di hujung suara
aku masih mencari
andai ada ruang hati mengingini
aku mahu cuba cinta sejati
bukan palsu bukan dusta
cuma benar belaka disini
di lubuk hati pintu yang rapat tertutup kini.


aku mencari andai ada cinta.

No comments:

Post a Comment