Thursday, 9 June 2011

mimpi tak akan jadi realiti ٩(-̮̮̃•̃)۶

Pernah dengar ayat 'Hidup tak seindah mimpi'
'Realiti tak secantik fantasi'
atau pun 'realiti kita tak mampu menyentuh awan tapi mimpi kita hingga ke bulan'
hurm...semuanya tentang sebuah kepalsuan realiti.
dan ayat aku pula
''Hidup tak selamanya indah,
Hari tak sentiasanya berbumbungkan langit cerah
kerana hujan sentiasa meliputi awan hitam
mendatangkan satu nikmat dugaan dan hikmah"



...



Memang aku akui aku masih mentah
Aku masih meniti sebuah perjalanan yang kadangkala sempit
Dan adakalanya luas tanpa halangan
Tapi usia bukan satu faktor kenapa kita mesti lemah
Dan kenapa kita belum sedar tentang sesuatu yang lama di depan mata
Hidup bukan untuk suka ria
tapi hidup punya matlamat dan impian sama



...



Kini semua orang mendambakan diri kepada cinta
Tapi cinta hidup terumbang ambing tanpa kekuatannya
Benarkah??
Aku terduduk sebentar memikirkannya
Ya memang aku setuju
Tanpa cinta dan perasaan hidup ini kosong
Umpama tin yang kemek didalamnya karat saja
Tapi....




...



Tidakkah kita fikirkan
Tanpa cinta juga kita masih mampu merangkak walau payah?
Tanpa cinta kita masih juga boleh senyum walau perit?
Dan tanpa cinta kita masih kuat tuk menghadapi dugaan yang sakit
Hurmmm...
Hidup seumpama berjalan dia atas roda yang bulat
Kekadang kalau kita cekal dan kuat
kita akan sentiasa dapat merentasi setiap halangan
Kita sentiasa berlari laju di atas
Merentasi setiap palang dan dugaan
Agar tak tersadung digolek ke bawah
namun ada suatu ketika kita tak mampu mengelak
maka kita terus rebah ke bumi menahan kesakitan dan dugaan.



...



Begitu juga dengan cinta
Memang cinta pengubat jiwa
Cinta menghilangkan luka dan duka
Hati yang walang juga hiba
Hilang sekeplip mata kerana cinta
Bibir merekah murah dengan senyuman
Wajah berseri kebahagiaan
Semuanya kerana cinta
Cinta ubat mujarab kebahagiaan di dunia



...



Tapi kita manusia alpa
Dambakan cinta bagai nak gila
Aku pun sama 2 x 5 je
Cinta cinta cinta
Tak pernah penat mendambakan sekeping hati yang sama
Punya rasa ingin mencintai dan merindui
Punya bahagia berdua apabila saling menyayangi
Cinta kerana cinta juga aku tersadung ke bumi
Rebah tak bermaya kini
senyuman dan ketawa argghhh semua palsu lakonan depan mata-mata.



...



Cinta dan perasaan
memang mampu mengawal emosi sekeplip mata
Itulah manusia tak mampu rasional je
Cintalah utama bagi kita
Kebahagiaan cinta merupakan kebahagiaan jiwa
Bila gembira hati senang berbunga daun cinta
Semua lupa tuhan
tapi bila hati hitam,terluka bernanah panjang
Semuanya kembali sujud pada tuhan
Manusia...aku juga hipokrit!



...



Tapi dalam kesakitan dalam hati
Di satu sudut yang sepi
Aku masih mencari cahaya tuk diri dan hati
Aku tak mampu tuk terus hidup dalam kepuraan sendiri
Jiwa sakit hati robek terluka perit
aku juga memang mengharapkan pada cinta
moga tuhan berikan kekuatan selamanya
aku mahukan cinta ikhlas bukan sebab apa-apa
cukup kerana punya hati sama
aku bukan sempurna
malah banyak kali terjatuh kerana kesilapan
Banyak kali air mata menitis kerana banyak kesalahan
Aku tak sempurna mencari cinta yang juga tak sempurna
Kerana tak sempurna + tak sempurna
Maka jadilah cinta yang sempurna
insyaallah andai ada
akulah manusia yang tak sempurna,hipokrit
dan kadangkala masih bermimpi di siang hari
walaupun memang aku tahu lama mimpi tak akan jadi realiti


mimpi tak akan jadi reliti

1 comment:

  1. cinta bisa wat kte bahagia..
    tp cinta juga bisa wat kita derita sampai tua...

    ReplyDelete