Wednesday, 22 June 2011

Run [a]w[a]y

Sekalian kali lagi aku disini
menaip dengan rasa gundah dihati
Aku tak merindui
Malah tak juga aku mendambakan kembali
Yang lepas aku sudah simpan
Jadi kenangan
Maka tiada terdetik pun persoalan aku mahu kembali



...



Aku sendiri
Tak perlu nak jaga hati sesiapa
Tak perlu nak kena marah dengan sesiapa
Tak perlu nak pertikaikan apa yang ada
Memang dulu aku seorang yang sabar
Sangat sabar
walau ada tika masanya kau maki
aku tetap diam dan tunduk
semua kerana cinta



...



Aku paling tak suka dipaksa
Pada teman rapat aku dah kata awal-awal
Aku memang keras kepala
Kalau aku cakap TAK
so,jawapannya tetap TAK
kejamkan aku??



Tentang perasaan aku tak mahu cakap apa-apa
Perasaan tak boleh dipaksa
Aku tak mampu pendam walau sedetik
Cinta bukan cuma pada ayat
Bukan cuma sekadar ucapan dibibir
Aku tak mampu



...



Aku tak mampu mencintai cuma sebelah pihak
Aku tak mampu menerima sesiapa
Cuma kerana dendam
Kerana memang tiada pun dendam di hati
Dan kau cukuplah kata kau sayang aku lagi
Jemu!




Aku tahu aku makin kasar
Kau tanya mana lembut aku?
Mana aku yang suka senyum dan ketawa?
Mana lesung pipit aku yang tak nampak bila aku masam tu
Mana gigi taring aku yang suka tayang
Jawapan aku
HILANG!



Manusia berubah
begitu juga dengan aku
Positif atau negatif kaulah tentukan
Tapi bagi aku
Aku biasa-biasa saja
Ya cuma lebih keras dari dulu
Aku batakan tembok penghadang dengan semua
Aku bukan tak percaya
Aku cuma tak mahu dibawa emosi
Lagi-lagi CINTA!



aku bukan tak percaya cinta
aku bukan takut
aku bukan menafikan perasaan
cuma SERIK
aku tak mahu diselubungi lagi jiwa yang menyesakkan dada
Aku rimas begitu
cukuplah aku terseksa dulu
aku tak mampu tahan lagi



...



Bila orang tanya mana kekasih kau?
Aku cakap aku single
Orang tak percaya
Dan aku cuma senyum tayang gigi ja
Bukan sebab terasa
Tapi kenyataannya



...



Aku bukan tak mahu bercinta
MAHU!
Tapi andai ada jodoh
Aku cuba tapi bukan sebab terpaksa
Biarlah ia datang dari hati
Biarlah ia hadir dalam jiwa
Berdetik tanda setia
Aku belum punya rasa yang seseorang mampu
Menggetarkan hatiku
belum ada!



...



Kau kau kau
Cukuplah bagi bunga bagi cokelat
Semua aku campak dalam tong sampah juga
KEJAM?
maaf bukan sebab tak hargai
Aku cuma berjaga-jaga
Kata mama
kalau orang dah memang pelik jangan suka-suka terima
Aku tak mahu jadi begitu
Aku masih waras
Tolonglah pergilah pada wanita kau
Hari-hari aku kena maki
Kau kata kau masih sayang aku kan??
Jadi please go!



...



Aku pinta kau pergi
sebab aku masih ada perasaan belas
Aku tak mahu wanita kau pernah buat silap
Macam aku dulu
Wanita kau tu gila sayang kau
Jadi apa lagi kau mahu kejar aku?
Aku bukan bidadari
Aku gadis biasa
Nothing special because im simple
Tak macam wanita kau Hangat gila kan
So,sekali lagi
Aku susun sepuluh jari memohon kemaafan
Tolonglah pergi
Sebelum aku yang akan RUN AWAY dari semuanya.

No comments:

Post a Comment