Aku tersenyum saat melangkah masuk
ke sebuah kedai yang memang aku suka gila
banyak pensel warna banyak warna warni mata-mata
aku tersenyum panjang dan lega
semua resah gelisah malam tadi tak tidur
hilang sekelip mata
hebat bukan warna mempengaruhi dunia aku?
...
sedang ralik aku melihat pensel-pensel warna
pastel-pastel yang berderet di rak tersedia
satu sentuhan hangat hadir di celah jari jemari
tersentap seketika***
aku toleh dengan cepat
mulut terkatup bibir tutup lidah kelu
dia???
perkataan pertama keluar dari bibir
buat apa kat sini??
...
hati rasa pilu
jiwa menangis tiba-tiba dan sendu
aku tarik nafas perlahan
cuba berlagak aku tenang depan dia
aku masih boleh tersenyum walhal jiwa?
arghhh aku hipokrit maafkan aku
...
soalan aku dibiarkan sepi
yang dijawabnya cuma
awak rindu saya tak??
aku diam lagi rasa macam mahu lari
tapi tapak kaki melekat di lantai kedai
kaku!!
aku menarik nafas sekali lagi
dengan senyuman aku jawab
'jangan perasan.tak pernah saya rindu awak.'
dia cuma tersenyum lagi dan lagi
jantung aku rasa macam kena tusuk dengan pisau belati
dalam**sakit**arghhh**
...
perkataan dan ayat yang keluar dari bibir dia
memang mendesingkan telinga
aku rasa mahu tutup mulut dia dengan plaster je!
aku tak suka!
tapi aku tak berdaya cuma sepatah ayat aku kata
'jangan sibuk.saya bukan gf awak jadi tak payah nak buat macam awak care sangat.'
tapi yang dia jawab balik
'saya sayang awak lagi lisa.'
hati ini rasa macam luka berdarah merah pekat
jiwa ini arghh sakitnya dalam
dan jantung aku macam tercabut dari badan
'kau memang sweet talker tapi aku tak percaya'
...
dia hadiahkan aku set warna
aku memang suka sangat-sangat set tu
tapi aku tak suka dia yang bagi
dengan rasa sakit hati
aku cakap terima kasih aku tak perlu
aku dah ada satu
tapi dia berdegil hampir menjerit aku dibuatnya
ya tuhan kawallah aku
kalau boleh ambillah nyawaku saat itu
sungguh aku benar sakit dengan gelagat dia begitu
...
tak perlu diungkit ceritara lama
dah berhabuk kan dulu kau kata
kau pernah cakap dengan aku
yang kau benci semua kenangan lalu
aku perempuan yang macm kau kutip tepi jalan
jadi??
kenapa cari aku
gaduh dengan wanita barukah kau?
terima kasih atas pujian kau
kau kata mereka tak sama macam aku
sabar dengan semua perilaku kau
memang dulu aku ikut semua kata kau
aku sayang kau gila-gila
aku cinta kau sampai nak cabut nyawa
tapi kau??
terima kasih saja
aku tak perlukan kau walau sesaat cuma
...
ya memang aku anggap kau kawan aku
the best ever walau kita tak lagi bersatu
tapi kau pernah cakap dekat aku dulu
jangan nak gediks sangat nak kawan dengan kau
sebab kau tak suka aku dan kawan pun tak mahu
aku faham dan aku cuba
walau perit aku rasa
bertahun aku sembunyi di sebalik hijab kau dan mereka
wanita kau puja
aku lihat dari jauh
doakan kau bahagia
tapi kau cuma kata aku tak berhak dapat cinta
sebab kau je yang kesian dengan aku
hahaha
terima kasih sebab doa kau memang termakbul kekasih lama
...
hari ni kau kata kau rindu aku
sebab kau suka lihat aku kusyuk dengan warna
kau tanya kakak mana aku pergi
thanks sis sebab bagi tahu dia
saya hargai tapi maaf saya tak boleh
walau saya senyum lama
saya ketawa tapi hakikatnya saya tak sis
maaf
...
kau minta aku kembali
untuk apa?
merobek hati?
tahniah kau memang pakar bunuh hati manusia
hati yang jahil seperti aku
kan itu kau kata dulu?
hm,terima kasih sangat aku hargai
tolonglah hargai wanita yang sayangkan kau tu
gilakan kau meroyan marah aku
konon aku mahu rampas kau semula
terima kasihlah aku tak mahu
kau kekasih silam
aku hargai semua jasa kau
dan kau aku tetap sentiasa maafkan selamanya
cuma aku tak boleh hilangkan parut di jiwa
ia berbekas dalam terluka
maafkan aku
kau pergi saja pada wanita kau
jaga mereka dan jangan pernah hambakan mereka
kerana balasannya akan ada kelak disana
terima kasih kerana dulu
pernah membenarkan hati aku si walang
berteduh di hati kau yang sempurna
terima kasih untuk semua
ucapan cinta juga ucapan luka
air mata bahagia dan air mata luka
terima kasih selamanya.
awak! saya harap awk lebih tabah dari diri awk yg sbnr nye skrg k.. jgn ikutkan hati.. jika di ikutkan kita yg mati.. biar hati yg mati, jgn mati fikiran .. ok :)
ReplyDelete