apa kata hati kini?
hurm
jujur
aku tak mengalah lagi
jujur aku tak lelah lagi
kenapa?
entah mungkin kerana hati ini
hati yg entah tak goyah lagi
malah lebih utuh dari dulu dan dulunya
....
hiba jiwa ini saat meratapi cerita lama
tapi itu semua luka dulunya
kini aku tak kata aku terlalu kuat seperti kekasih DIA
tapi alahamdulillah
aku mampu tenang dan tenang dengan izinNYA
...
TUHAN
aku tak kan tanya kenapa kami yg kau uji
tak kan aku tanya kenapa seberat ini dugaan kau beri
kerana aku tahu
setiap perjalanan keindahan kau beri
pasti ada ujian yg kau mahiu duga walau sekali
berkali pun tidak mengapa
aku tahu kau mahu hambamu kuat bukan lemah tanpa siapa
bukan cuma dongak ke langit
dan tanya kenapa dirinya dipilih kau jadi hambanya
ya tuhan
kau maha kuasa
kau maha pengasih
lagi maha pemurah dan memaafkan
aku mohon
kurangkan beban dia
tak mengapa jika aku penggantinya
aku rela
aku tak mahu lihat air matanya
jiwa ini sangat lemah
saat dengar dia terluka
maaf tuhan
aku tak mahu dia terluka hebat sekali lagi
aku pohon dengan jujur
agar kau tahu aku merayu cuma kepadaMU
...
TUHAN
dalam hati kini cuma dia yg aku mahu
entah kenapa
rasa ini memberi berjuta keindahan di laman hati
berjuta impian yg terukir untuk bersama melalui
sayang
kuatkan hati kau
kuatkan jiwa kau
kau tahu hati ini milik kau
jangan pernah tanya lagi dan lagi
kenapa aku kuat cuma untuk kau
jawapannya ada dalam hati kau yg satu
bahawa cuma untuk kau
dengan kau
hati ini setenang langit yang kebiruan
...
cinta ini datang
tanpa kita tahu kenapa
tanpa perlu kita tunggu dan damba
cinta ini hadir kerana rasa
aku tak kata aku tak takut hadapi apa-apa
tapi insyaallah aku mahu kuat
mencintai dan menjaga cinta kita
sampai bila
jangan ditanya
akan aku jaga dan akan aku terus cinta
hingga nyawaku yg terakhirnya
dan sampai syurga pun
akan ku pohon pada DIA
bagi aku terus mencintaimu
kerana cuma kamu yg bertahta
di hati kini selamanya.
RAIZACK
No comments:
Post a Comment