saat aku termenung lama
memegang lutut dan terus melayan jiwa
pandangan aku kosong
jiwa aku merindui
hati aku tak sepi
tapi berisi
cinta buat dia
ya dia
seseorang yg aku rasa cukup mampu buat aku tersenyum
walau cuma dengan 'eheem'
...
aku tarik rapat diari
warna hitam
tebal macam buku lama
cukup cuma satu
kisah aku yg tak seberapa
hidup aku tak seindah mana
tak seterang bulan yg bercahaya
tak seberseri kilauan bintang terang di langit sana
tapi...
hidup aku kini bermakna
dengan hadir dia
insan yg tak pernah penat aku cinta
...
diari ditatap lama
aku tanya pada hati
kenapa dia yg kau pilih tiba-tiba?
kenapa rasa ini tak berhenti membuat aku rasa terlalu bahagia?
kenapa dan kenapa
lama hati sepi menembokkan diri dengan cinta itu dusta
tiba-tiba kembali
mengatakan cinta itu ada?
ada buat dia
dia yg hurmm
terlalu bahagiakan jiwa
...
memang banyak mahu hati ini kata
aku tak cintakan dia kerana rupa
aku tak mencintai kerana siapa dia
tapi aku cintakan dia kerana
sekeping hati lukanya
kerana cekalnya dia
kerana indahnya dia
tabah tanpa sesiapa
berdiri walau goyah
berlari walau penat dan lelah
dan tak mengalah walau dia tahu
perjalanan yg terang bagi mereka yang melihat
sebenarnya gelap tanpa cahaya
ibarat si celik tapi buta
tapi dia tidak buta
cuma kadangkala manusia terlalu lelah dengan jiwa
aku dan dia rasa jiwa yg sama
lelah dan penat dengan cerita cinta lama
...
tapi...
entah dimana
pertemuan cerita kita berdua
mungkin tak sehebat cerita cinderella
tak seagung ceita shah jehan
dan tak seromantis romeo
cukuplah
kita punya 2 hati dan jiwa
yg mampu membina 1 cinta kita sayang
cukuplah hati ini rasa
bahagia cuma kita melaluinya
setiap ketika
dan masa
cuma cinta ini yg kita mahu
walau berbumbungkan kelam
berpijakkan bumi yg tak terang
aku rela terus memimpin tanganmu sayang
sejauh mana perjalanan kita
tak kan pernah aku goyah dan lepaskan
cuma kerana kau lah cintaku
walau bukan pertama
cukup bermakna
bermakna dalam hati
4 perkataan yg tak kan pernah aku lupa.
lisa cinta izek.
lisa cinta izek.
No comments:
Post a Comment