tangisan sendu hiba kecewa
aku terlukakah?
kenapa saat cahaya di depan mata
aku rasa kabur dan silauannya memukau jiwa
aku terduduk
merenung jauh
jalan itu kosong
rasa lohong
dan bohong aku kata aku ok
aku tidak
aku tidak
...
aku kuat dan cuba kata
aku ok
aku ok
tapi hati kata tipu!
aku rindu dia
aku sangat rindu dan rindu
aku mahu pimpin tangannya
gapai bahagia bersama
tapi kenapa dugaan datang tanpa rasa lelah dan jemunya?
tuhan
berdosakah aku
mencintai seseorang insan itu??
hurm...
aku mengeluh
bukan penat
tapi takut...
...
aku cukup takut
kehilangan insan yg aku sayang
aku lelah mengejar satu kebahagiaan dan kemewahan
buat apa hidup senang
tapi hati tak tenang?
hurmm
manusia semua mengejar harta dan mewah
tapi aku tak MAHU!
ngertikah kalian?
apa aku rasa saat ini
aku tak mahu kemewahan!
aku cuma mahu kasih sayang kalian
mana???
...
kenapa sekarang mahu berebutkan aku?
mahu hantar aku ke singapore?
untuk apa?
aku orang sini
berjiwa pun disini
berilmu dan dibesarkan di tanah airku ini
biarlah aku tak kisah hidup kesempitan
asalkan aku mampu senyum
dan kata alhamdulillah
demi tuhan
aku cuma mahu rasa apa makna itu perasaan
...
orang yg kata sayang
tak pernah berdusta
orang yg kata cinta
jujur dari jiwa
aku tak tahu ukuran atau sedalam mana
tapi aku mahu peluk dia
aku mahu menangis di bahunya
aku mahu kata
aku cuma mahu dia
cukuplah hidup memeritkan
tapi jangan tinggal aku sendirian
aku takut
terlalu takut
walau hidup diterangi cahaya
aku cuma nampak hitam semuanya.
No comments:
Post a Comment