tuhan tahan hati ini tuhan
tahan jasad ini
aku terkilan
bukan kerana takdirmu
tapi kenapa aku lemah dihadapanmu
...
aku sujud padamu dengan penuh keampunan
aku takut kematian
tapi aku takut juga menempuh kehidupan
ya tuhan
bantu hambamu
aku tak kuat
berdiri pun rebah
menangis hingga mata bengkak
membayangkan apa akan terjadi hari esok lusa dan seterusnya
apa harus aku buat
hati mohon ditenangkan
jiwa mohon diredakan
aku pasrah tuhan
aku mencintai seorang hambamu
walau dari jauh aku harap kau jagakan
kerana dia nyawaku kini
tak sanggup ku lihat kesayuan
air mata terus berderaian
...
aku kesat air mata
basah pipi
basah kertas ditangan sayu
badan rasa lemah di segala sendi
aku panjat tangan berdoa pada illahi
bebankan aku
dugalah aku
andai aku pilihanmu
tapi
ringankan dugaan dia
insan yg aku cinta
bukan aku menyuruh kau tuhanku
tapi aku meminta
sekerdil-kerdil hambamu ini
aku cuma tak mahu dia rasa berat dengan dugaan takdirmu
biarlah dengan ikhlas
aku mahu bantu
galas dugaan takdirnya
aku rela
walau hingga nafas terakhirku
...
orang kata
kalau kita cintakan seseorang itu ikhlas
kita sanggup berkorban apa saja
jadi aku sanggup
demi dia bahagia
aku mahu gongsi sama-sama
rasa terluka dugaannya
aku akan kuat tuhan
ini janjiku
akan aku cuba walau bertarungnya dengan nyawa
akan aku kuat cuma demi dia
insan sejujurnya aku cinta
aja
aja.lisa sayang aja
sangat sayang
dan sangat menyayangi
walau apa jadi
perasaan tak kan berhenti
tak kan pernah terbuang
tak kan goyah
percayalah bukan semua cinta dusta
dalam hati memang tak nampak apa kita rasa
tapi jujurnya debaran ini ada
aja.
peganglah tangan lisa
kita melangkah bersama
walau kita jatuh berjuta kali
jangan pernah mengalah
ingat tuhan yg maha kuasa
pasti dia bantu kita
kerana kita hambanya
sabarlah sayang
pasti akan kita menapak ke muka pintu bahagia bersama
insyaallah sayang.
No comments:
Post a Comment