Sunday, 12 June 2011

aku mahu juga bahagia

aku tatap diari
tertarik dengan kata-kata ini
"kau bukan gadis yang lemah
kau bukan cuma tahu merintih
dan kau juga bukan cuma tahu tuk menangis
kau kuat sama seperti mereka yang lain
gagal bercinta tak bermakna kau gagal selamanya
cinta pertama memang indah
tapi sekali terluka bukan maknanya kau akan terus jatuh dan diluka
pejamkan mata
peluk diri hati terluka
bisik pada jiwa
kau masih percaya ada cinta
yang akan membawa bahagia
cahaya cinta walau bukan pertama."



...



Bila dibaca ayat itu berulang kali
memori lama berputar kembali
ya aku dulu yang lemah tak bermaya
gigih cuba berdiri kerana terluka parah
aku masih punya bait-bait jiwa dulu
masih punya sisa bekas cinta lalu
ia..cinta pertama



...



aku tak mengharapkan
langitku selalu mendung dan ribut
aku berharap agar ada cahaya
mengharapkan seseorang yang mampu jadi mentari
menerangi tiap saat aku
aku masih punya cita-cita itu



...



tangisan?
aku mampu menangis sepanjang malam
malah aku mampu jadi macam zombi
atau lebih kepada vampire
haha....
aku tak mampu tidur kerana ceritara lama
terbayang setiap saat aku pejam mata
pedih.....parah
cuma itu aku mampu jelaskan



...



kalaulah hati ini boleh discan
aku rasa parah sungguh kondisi hati
maaflah hati merah
bukan aku tak mahu jaga kau
tapi kau sering saja terluka
belum sempat sembuh dengan parut bersisa
kau terus terluka dan berdarah merah lagi



...



Tiap kali malam
langit hitam
aku suka mendonggak ke langit
kira bintang bertaburan di langit-langit
rasa sedikit tenang bila rindu pada cinta
rindu tuk terus dihadiahkan sayang dan cinta
indahkan bila punya seseorang yang memang mahu kita
setiap hari dalam hidup
cuma ada dia dan kita
tapi aku??



...



setiap kali mata aku merah
hidung mula rasa tak selesa bernafas tenang
wajah terasa hangat
ada air mata yang mengalir
kenapa?
aku tak mampu nak mengexplain
cuma yang aku tahu
aku rindu tuk ada seseorang yang mampu mengadu
mampu tahu apa ada dalam hati aku
mampu aku rengek kata aku mahu dia selalu
tapi adakah orang yang sentiasa sudi denganku?



...



hati kejam jiwa tak tenteram
menghukum aku dengan tangisan dan kenangan
tuhan tolong aku
aku tak mahu cuma terus bermimpi tanpa tahu
jalan realiti
aku tak mahu cuma hidup di alam fantasi
aku mahu sejuta realiti
agar aku bisa bernafas sendiri
mencintai merindui mengingini
ya aku mahu rasa semua lagi
berilah kesempatan
andai ada ruang dan peluang
seseorang yang mampu berikan aku kasih sayang
di setiap saat aku yang bersisa kehidupan
aku mahu cuba mencintai dengan setulusnya
kerana aku juga punya jiwa
dan berhak tuk bahagia.

*aku mahu juga BAHAGIA*

2 comments:

  1. saye suke entry ni.. saye juga mahu bahagia :')

    ReplyDelete
  2. hm,thanks kokoja. :) berdoalah moga kita sama2 bahagia kelak :)

    ReplyDelete