Awak awak awak
Awak tahu tak awak
Saya sakit sangat
Saya penat
Saya cukup penat
Saya dah tak larat wak
Please saya merayu...
Saya dah tak larat untuk bertahan
...
Awak awak awak
Saya tahu awak buat semua ni sebab awak tak nak
Kita sakit lagi kan?
Ye saya tahu awak
Tapi awak tahu tak
Walau keras mana pun kita bina tembok
dan sekuat mana pun kita kukuhkan
Sikit-sikit ego tembok itu terhakis wak
...
Awak awak awak
Saya penat sangat untuk terus jadi begini
Awak tak penat ke?
Tak kosong ke awak?
Awak dengan saya setiap masa bertelingkah pendapat
Tembok ego kita tu pun makin lama
Setiap saat ada je lubang keretakan
Kita dah tak kuat dah wak
...
Awak awak awak
Awak dengarlah pendapat saya
Awak tak boleh suka suka je ikut ego
Awak hati yang baik
Awak hati saya
Awak ada dalam jasad saya
Malah awak dan saya adalah satu
Awak si hati dan saya si Tuan
Tapi kenapa awak dah tak macam dulu?
Cepatnya awak berubah kan hati?
...
Awak awak awak
Saya tahu kita sakit kan kerana cinta
Tapi tak kan sebab tu kita terus nak ingat kisah lama?
Awak awak awak
Dengarlah apa saya nak cakap ni
Cinta bukan dusta
Bukan teori bukan falsafah
Tapi ye Cinta tu sejarah
Tapi juga
Cinta yang pernah kita rasa tu kan
sejarah cinta lama
...
Ye,saya tahu awak tak boleh lupa
Cinta menyakitkan
Cinta memedihkan dan cinta memilukan
Sebab itu kita tak peduli tentang cinta lagi
Tapi wak
Tak terseksakah awak wahai hati?
Kosong!
Gelap dan gelita!
Suram,Kelam,Muram!!
Tak terseksakah awak hati???
Tak nak ke awak rasa erti disayangi lagi???
...
Awak awak awak
Saya tahu awak akan kata
Andai ada cinta
Awak tak menolak
Tapi syaratnya biarlah memang betul hati dan jiwa
Benar terbuka untuk menerima dan mencinta
Cinta itu ikhlas bukan belas
Cinta itu tulus bukan palsu
Cinta itu ada kerana ia mahu
Bukan paksa atau cuba-cuba
Cinta itu cahaya jiwa
Andai ada cahaya menerangi
PASTI AKAN HADIR JUGA CINTA DIHATI
kan awak kan??
saya harap awak aka hati
tak akan meragui lagi
lapang dada moga tuhan beri petunjuk
andai ada cahaya jiwa
pasti adanya cinta.
kadang2 hubungan yg terlalu lame tuh , kalau x dikembali kan detik2 mase lalu atau tiade pembaharuan yg mnarek , pasty akn tmbul rse bosan :)
ReplyDeletehaha.u are misunderstand la.awak awak awak tu sy tuju pada hati sendiri yg kosong!no cple and i am not in relationship :)
ReplyDeleteawak, awak, awak,
ReplyDeletetuan awak tu dah minta supaya awak lapangkan diri..
cuba terima orang lain..
awak, awak, awak,
jangan lama-lama sangat tau..
dah boleh,
bukakla pintu yerp..
;)